Mungkin sesetengah orang sudah mengetahui adanya bakteria merbahaya yang ada pada telefon bimbit kita, tetapi ramai yang belum mengenalinya. Namun, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa telefon mudah alih merupakan salah satu objek yang tidak bersih. Menurut penyelidikan, setiap satu inci persegi, peranti mudah alih ini mengandungi sekitar 25 ribu kuman! Persoalannya, bakteria apakah yang ada pada telefon pintar kita?
1 Coliform
Salah satu bakteria yang ada dalam telefon pintar adalah coliform. Jenis bakteria ini kebanyakannya terdapat di dalam najis manusia atau haiwan, tetapi boleh ditemui dalam tumbuhan yang mereput. Walaupun tidak membuat pengguna telefon bimbit jatuh sakit, ia menjadi satu perkara yang menjijikkan apabila kita mengetahui bahawa bakteria di telefon bimbit adalah sama seperti bakteria di dalam kotoran.
2 Escherichia Coli
Escherichia Coli adalah bakteria jahat yang membahayakan tubuh. Bakteria ini biasanya dijumpai di telefon bimbit kerana penggunanya tidak menjaga kebersihan telefon bimbit mereka. Bakteria jenis ini boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat secara serius ia boleh berbahaya.
3 Staphylococcus Aureus
Staphylococcus Aureus adalah sejenis bakteria yang sangat berbahaya bagi tubuh manusia. Sesetengah jenis bakteria boleh menyebabkan jangkitan kulit seperti terbakar. Menurut penyelidikan, penyebaran bakteria ini dari tempat-tempat yang sebenarnya ‘kawasan bersih’ seperti hospital atau tempat rawatan kesihatan yang lain. Proses penyebarannya agak cepat jika peranti mudah alih yang digunakan sangat kotor atau tidak pernah dibersihkan.
4 Streptococcus
Bakteria jenis ini juga sangat berbahaya bagi tubuh manusia. Ada 2 jenis bakteria Streptococcus iaitu Streptococcus A dan Streptococcus B. Walaupun berbeza nama, kedua-duanya sama-sama merbahaya.
Streptococcus A biasanya dijumpai pada kanak-kanak, seperti sakit tekak. Apabila teruk, bakteria jenis ini boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius daripada demam denggi. Streptococcus B boleh menyebabkan gangguan saluran kencing dan darah, pneumonia kepada jangkitan kulit yang teruk.
5 Staphylococci Negatif Coagulase (CoNS)
Staphylococci Negatif Coagulase (CoNS) adalah sejenis staphylococcus yang tahan antibiotik, biasanya pada kulit manusia dan saluran vagina. Staphylococcus biasanya merebak dari tempat-tempat yang dikelaskan sebagai bersih seperti hospital dan sebagainya.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar dari Universiti Ghana pada tahun 2011 dan mendedahkan bahawa 100 peranti mudah alih pelajar yang diambil secara rawak, 15 peratus daripadanya positif untuk CoNS. Bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran darah.
6 Mold
Mold adalah kulat yang biasanya dapat ditemukan di tempat yang lembap atau kadang-kadang dapat membuat daun hitam dan mati. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis dari Turki beberapa tahun yang lalu, 10 peratus daripada peranti mudah alih yang mereka kaji mengandungi Mold di dalamnya. Kulat jenis ini boleh menyebabkan gangguan sistem pernafasan, demam sehingga jangkitan paru-paru.
7 Yeast
Yeast atau ragi ini adalah bakteria yang baik untuk dibuat minuman atau makanan tertentu, tetapi akan menjadi semakin buruk apabila bakteria jenis ini mencemarkan tubuh manusia. Bakteria kerap dijumpai pada peranti mudah alih. Ragi boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit atau juga masalah organ penting wanita.
8 Clostridium Difficile
Clostridium Difficile atau disebut juga dengan nama C. difficile ini merupakan bakteri yang rata-rata ditemukan di tempat duduk yang jarang dibersihkan. Gangguan pada tubuh yang disebabkan oleh bakteri ini antara lain demam, mual, sakit perut sampai dengan kehilangan nafsu makan.
9 Corynebacterium
Corynebacterium adalah patogen berbahaya kepada tubuh manusia yang boleh menyebabkan kematian. Jenis bakteri ini biasanya ‘menyembur’ racun ke dalam tekak manusia dan menjadikannya sukar untuk bernafas. Kadang-kadang bakteria ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit.
10 Pseudomonas Aeruginosa
Pseudomonas Aeruginosa biasanya terdapat di peralatan hospital, di kolam renang atau juga alat yang sering digunakan oleh manusia. Pseudomonas Aeruginosa juga merupakan bakteria yang tahan terhadap rawatan selepas jangkitan berlaku. Malah ada rawatan istimewa yang sengaja dibuat oleh pasukan perubatan untuk pesakit, iaitu dengan memasukkannya ke ruang ICU yang bebas dari peranti mudah alih.