Tetaplah berhubung

‘Tu Pemalas Namanya’ – Nora Danish Dikecam Kerana Duduk Di Kerusi Roda

Seleb

‘Tu Pemalas Namanya’ – Nora Danish Dikecam Kerana Duduk Di Kerusi Roda

Pelakon cantik Nora Danish baru-baru ini dikecam netizen kerana berkerusi roda. Nora yang sedang menanti kehadiran bayi pertamanya dengan Nedim Nazri difahamkan kandungannya telah mencecah 6 bulan.

Sejak akhir-akhir ini Nora dilihat menghabiskan masanya di atas kerusi roda. Malah Nedim turut memuat naik video di Insta Story yang menunjukkan betapa seronoknya wanita berusia 35 tahun itu duduk di atas kerusi roda.

Namun keseronokkan itu disalah ertikan oleh sesetengah netizen apabila mereka mula mengecam Nora dan mengatakan Nora seolah-olah terlalu mengada-ngada kerana duduk diatas kerusi roda itu, bahkan ada yang menggelar Nora sebagai seorang yang pemalas sebelum membandingkan dia dengan wanita mengandung yang lain.

Komen individu berkenaan dikecam netizen lain yang berpendapat bahawa ibu mengandung biasanya mengalami sakit kaki dan pinggang hingga menyebabkan si ibu kurang bergerak.

Sepatutnya doakan yang baik-baik dan semoga Nora Danish sihat seperti sediakala, bukan dengan mengkritiknya.

24 weeks & 4 days down ?. & now my baby is big as a cantaloupe. ?? #NeyNey #nenojr

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Bahkan Nora dalam satu entri Instanya ada memberitahu bahawa dia sememangnya tidak sihat dan tidak larat untuk bergerak, bahkan hanya duduk di kerusi sahaja.

Bahkan Nedim dalam video Insta Storynya memberitahu bahawa Nora mengalami kesukaran untuk bergerak kerana bayi yang dikandung isterinya terlalu berat. Menurut Media Hiburan pula, kebelakangan ini Nora mengalami sakit kaki sehingga membuatkan dia sukar berjalan dan berdiri terlalu lama.

Nora dalam perkongsian lepas juga ada memberitahu bahawa pengalaman mengandung kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana bayinya terlalu aktif dan bergerak hingga mengejutkannya pada waktu malam.

Sumber: Mediahiburan.my

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas