Tetaplah berhubung

Nama Anak Sulung Fizo Omar & Mawar, Wan Maryam

Seleb

Nama Anak Sulung Fizo Omar & Mawar, Wan Maryam

Tahniah diucapkan kepada isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Wan Maryam selepas dua minggu dilahirkan menerusi perkongsian di Instagram.

‘Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol. Hari ini saya dah 2 weeks. Saya dilahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Doakan saya semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat. Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup. (Gambar ini sewaktu saya ada jaundice tapi Alhamdulillah sekarang dah baik)’

Pada November 2013, Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.

Sumber: Instagram/@fizoomar , @mawar_karim via Gempak.com

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas