Tetaplah berhubung

Fesyen “Kemban” Sharifah Sakinah Yang Mendapat Respon Positif Dari Peminat

Gambar hiasan

Seleb

Fesyen “Kemban” Sharifah Sakinah Yang Mendapat Respon Positif Dari Peminat

Artis wanita yang satu ni jenis yang tidak kisah dengan apa pun yang orang sekeliling dia nak kata, walaupun kena caci maki, dia tetap buat lagi.

Dah memang perangai dia yang sempoi dan gila-gila buat orang malas nak kata apa-apa lagi. Kebelakangan ini nama Sharifah Sakinah juga sering menjadi sebutan ramai kerana hidupnya watak yang diambil oleh beliau dalam drama “Girlfriend Dari Neraka”.

Baru-baru ini juga telah dihebohkan lagi dengan perkara baru, bila Sharifah Sakinah telah memperagakan sebuah busana yang berimej “berkemban” ketika menghadiri Majlis Most Glam 2017 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Malah dia juga turut mendapat banyak pujian daripada para peminat kerana mengagumi baju yang dikenakan olehnya hasil dari seorang pereka fesyen terkenal yang telah mereka khas busana itu iaitu, Bernard Chandran.

Namun ada juga segelintir peminat mengkritik tentang fesyen Sharifah sakinah. Memang lumrah menjadi seorang selebriti yang tidak akan pernah lepas dengan kritikan dan juga kecaman.

Fesyen ” Berkemban” yang dikenakan oleh Sharifah Sakinah.

Antara komen-komen positif tentang baju yang dipakai oleh Sakinah.

Jom lihat gambar-gambar yang menarik dari Sharifah Sakinah.

#mostCrack @hangriii

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sharifah Sakinah adalah antara artis wanita yang berani untuk mencuba fesyen-fesyen terbaru. Malah dia lebih menjadi diri sendiri dan dia juga tidak hipokrit dengan dirinya. Semoga Sharifah Sakinah terus berjaya dalam bidang yang dipilihnya.

Sumber: Diaridunia.com

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...

Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas