Tetaplah berhubung

Fattah Dan Fazura Sudah Selamat Diijabkabul

Seleb

Fattah Dan Fazura Sudah Selamat Diijabkabul

Kisah cinta di antara dua pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura tidak boleh disangkal lagi. Malah kedua-duanya sering kelihatan mesra diantara satu sama lain. Akan tetapi baru-baru ini, telah tercetusnya satu khabar berita yang ditunggu-tunggu peminat FattZura ini dimana tarikh 13 November dikatakan bakal menjadi satu lagi tarikh penting pasangan ini.

Pelbagai spekulasi telah tersebar mengenai tarikh ini. Ada yang mendakwa mereka bernikah dalam diam, ada pula yang mengatakan tarikh pertunangan mereka. Akan tetapi tarikh 13 November lalu, hanyalah perasmian drama terbaru mereka. Ketika itu, Fattah sempat berseloroh mengenai tarikh istimewanya dan berjanji akan berkongsi berita gembira mengenai perkembangan mereka.

Dalam sumber lain, malam tadi heboh pula dengan khabar berita mereka sudah bernikah. Manakan tidak, terdapat khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga hadir sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung di kediaman dipercayai kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, malam semalam.

Malah menurut sumber yang sama, kehadiran wartawan seawal jam 8 malam berada disitu dikawal ketat oleh adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu dan turut menutup pintu pagar setelah dimaklumkan oleh sumber bahawa Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah.

Bagi mengulas majlis itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau lebih dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai khabar Fattah kononnya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Fazura pada malam tadi. Tambah beliau, mereka kini sedang sibuk untuk membuat persiapan untuk ke Tanah Suci pagi ini.

Sama-sama lah kita doakan kedua artis ini, jika betul sudah berkahwin malam tadi,kami ucapkan selamat pengantin baru dan para peminat haruslah menghormati keputusan kedua mempelai ini dengan merahsiakan majlis mereka.

Sumber: Kepohkuat.com

Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas