Tetaplah berhubung

‘Beri Kami Ruang Untuk Selesaikan’ – Diana Danielle

Seleb

‘Beri Kami Ruang Untuk Selesaikan’ – Diana Danielle

Pelakon, Datin Diana Danielle, memberi penjelasan berhubung berita penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil.

‘Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih’, memetik Harian Metro ketika dihubungi.

Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas