Mencari parkir antara salah satu masalah yang biasa bagi pemandu kereta mahupun motosikal, apatah lagi apabila anda tinggal di kawasan bandar.
Kajian terbaru telah dilakukan oleh Uber, pemandu Malaysia menghabiskan 152 jam setahun untuk mencari tempat letak kereta.
Kajian juga mendedahkan kesesakan dan masalah tempat letak kereta telah menjejaskan orang ramai kerana ada yang terpaksa membelanjakan hampir RM16,000 setahun ke atas kos meletak kereta dan trafik.
Oleh kerana masalah parkir, ada pengguna yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan parkir di tempat-tempat yang dilarang, parkir sesuka hati.
Jika dikira secara puratanya, penduduk di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari ruang letak kereta termasuk masa terbuang dalam kesesakan trafik.
Kerana itu ramai yang mengalami masalah kelewatan ke tempat kerja. Sebanyak 74 peratus pengguna kenderaan turut merekodkan kelewatan dalam temu janji atau acara penting.
Menurut kajian lagi, sebanyak 9 banggunan KLCC diperlukan untuk menampung 5.8 juta kereta di ibu negara. Kajian oleh BCG itu juga mendedahkan bahawa KL hanya memerlukan 60 peratus daripada jumlah kereta di atas jalan. Baki kelegaan ruang itu adalah bersamaan dengan 140 taman tasik.
Sumber: The Malay Mail Online