Buah manggis atau diberi jolokan nama sebagai ratu buah merupakan antara buah yang mengandungi kesan awet muda. Ramai rakyat tempatan yang tidak tahu akan kelebihan buah ini.
Dengan rasa yang sangat enak dan disukai ramai, rasanya tidak sukar untuk anda amalkan makan buah ini. Terdapat beberapa keistimewaan yang kita tidak tahu mengenai buah ini. Mari kita lihat
1. Kaya antioksida
Kajian mendapati xanthones mempunyai kesan anti-radang, anti-kanser, anti-penuaan dan anti-diabetes. Antara nutrisi yang terdapat ialah Vitamin C dan xanthones. Iaitu komponen yang terdapat dalam tumbuhan yang tinggi antioksida. Apa-apa sumber makanan yang mengandungi antioksida berupaya untuk menangani masalah kerosakan sel daripada kesan radikal bebas.
2. Mengurangkan berat badan
Anda sudah pasti gembira mendengarkan satu kajian terbaru ini, dimana satu kajian mengatakan dengan memakan buah manggis memberi kesan pada pengurangan berat badan. Ini kerana kesan anti-radang pada buah manggis boleh membantu mengimbangi semula metabolism dalam badan dan mengelakkan berat badan naik secara mendadak.
3. Mengekalkan kesihatan kulit
Tanda paling senang nak nampak tua bila kulit rosak dan berkedut. Jadi mulakan penjagaan kulit dari dalam dengan buah manggis. Ia mempunyai efektif yang merawat dan mengurangkan tanda kulit bermasalah akibat terdedah dari pancaran matahari. Kadar anti-oksida dan anti-radang adalah punca utama buah manggis boleh melindungi kulit.
4. Baiki Sistem Imunisasi
Sumber yang terdapat dalam buah manggis juga ternyata boleh membasmi bakteria sekaligus meningkatkan kadar sistem imunisasi badan. Malah dari Vitamin C dan fiber memberi tenaga kepada sel supaya lebih bertindak cepat dan melawan segala bakteria yang boleh menganggu kesihatan anda.
Memiliki berat badan yang di idamkan bukan perkara mudah, dan anda perlu mengobankan rutin makan harian anda. Jangan terlalu obses dengan makanan berlemak. Amalkan diet yang sihat dan jaga kesihatan anda. Sekian petikan dari kevinzahri.com