Menurut Wikipedia, daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.
Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif kadang kala dirujuk sebagai pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian, memetik laman Era.je.
Apa pula kaitan kreatif dengan bilik yang bersepah?Portal Grazia menyatakan, kajian dari sekumpulan penyelidik dari University of Minnesota menunjukkan, mereka yang mempunyai bilik bersepah adalah seorang yang kreatif.
Kajian ini disokong oleh pakar psikologi, Kathleen Vohs, yang dipetik dari Psychological Science, dimana mereka yang mempunyai bilik bersepah secara semulajadi membantu membina daya imaginasi dan kreativiti seseorang.
“Kami mendapati bahawa anda boleh mendapat hasil yang sangat berharga daripada berada dalam suasana yang tidak kemas.”, kata Vohs dalam satu temubual.
Hasil daripada kajian ini juga telah diterbitkan dalam jurnal Association for Psychological Science.
Apa-apa pun, bilik yang bersepah juga akan menyebabkan bebelan dari ibu anda. Anda sanggup untuk menghadapinya demi pemikiran yang kreatif?