Bukan semua pasangan yang sanggup menerima kekurangan pasangannya, jika ada pun nampaknya sangat nipis harapan untuk menemui seorang lelaki atau perempuan yang sanggup hidup susah sakit perit bersama. Memang ada yang sanggup, tapi hanya pada mulanya sahaja dan apabila sudah bosan dan penat mula la pergi membawa diri.
Kisah yang hendak dikongsikan ni adalah dari saudara Dira Simone, dia menceritakan kisah sedih sepupu perempuannya yang bernama Zara ditinggalkan suami kerana sakit teruk. Suaminya mendakwa Zara menipu kerana tidak memberitahunya yang dia sakit teruk di awal perkahwinan. Dan suaminya telah lari tinggalkannya dan membawa anak mereka ke luar negara.
Tergamak seorang suami meningalkan isterinya yang sedang menanggung sakit. Betul la kata orang yang “isteri malang adalah apabila dia salah memilih suami”. Dimana belas kasihan dan kasih sayang yang harus dicurahkan kepada si isteri. Sepatutnya saat begini la si suami berada di sisi memberi semangat, namun apa yang berlaku sebaliknya. Dan Zara telah pun meninggal dunia. Perginya seorang isteri yang sangat baik dan sangat patuh pada suaminya.
Jika begini la pengakhiran hidupnya, Allah s.w.t sememangnya sangat sayangkan arwah. Dia ambil nyawa arwah awal-awal sebab tak nak arwah menanggung sakit dan makan hati lama-lama. Allah s.w.t lebih menyayangi Zara. Al-Fatihah buat arwah, moga arwah tenang dan di tempatkan di kalangan-kalangan orang yang beriman.
Aamiinn.
Sumber: Ohbulan.com