Ada saja perkara yang jadi punca stres walau hanya perkara kecil. Ketika anda menangani banyak perkara, dapat dirasai stres menyelubungi diri. Mungkin anda banyak kerja yang hendak dibuat atau mungkin disebabkan timbulnya masalah di rumah. Jika kerapkali berlaku stress untuk jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan.
Memetik perkognsian Dr. Hamid Arshat di facebook, dia berpendapat dan merumuskan bahawa stres (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke). Baca lagi berikut ini.
AWET SIHAT. KAWAL STRES
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stres:
Tawakkal
Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stres. Saya redha dengan ketentuan Allah.
Redha
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepada-Nya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
Sabar
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
Tahan marah
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
Memaafkan
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.
Tidak berdendam
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
Makan ubat
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
Berkebun
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
Zikir & Selawat
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
Deep breathing
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stres dan tidak selesai.
Simple life tanpa berlumba-lumba
Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. Insha’Allah, kita boleh kawal stres, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
Sumber: Facebook/Dr. Hamid Arshat