Ramai remaja sekarang bercita-cita untuk memiliki rumah idaman, tetapi kebanyakkan dari mereka lebih suka hanya melihat dan berangan, namun malas berusaha.
Ada dikalangan mereka juga yang gemar membuang masa membeli barangan yang tidak perlu dan akhirnya niat untuk membeli rumah tidak kesampaian kerana tidak mempunyai simpanan. Siapa yang rugi?
Jika anda benar-benar serius dalam membuat keputusan memiliki rumah sendiri, sebaiknya anda mula berfikiran matang. Jangan buat perkara di bawah jikaanda ingin beli rumah di usia muda. Jom baca perkongsian dari saudara Amir Syahir ini.
1. Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah.
2. Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.
3. Jangan buat pembiayaan peribadi di bawah umur 30 tahun. Kau akan dilabel idividu berisiko nanti.
4. Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.
5. Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.
6. Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM1000 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.
7. Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.
8. Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.
9. Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.
10. Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.
Yang penting kau jangan memilih nak rumah atas tanah saja, nak rumah yang baru je, yang ada kolam renang bagai. Jangan nak berharap harga rumah akan jatuh la ye.
Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.
Kau tahu tak rumah semakin mahal? Tapi apa usaha kau untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah. Dah ada usaha baguslah.
Masa muda kau kan sibuk kumpul fridge magnet negara yang kau travel tu. Kawan kau yang lain duk ikat perut kumpul duit deposit rumah. Kau pula dah masuk umur 30 baru nak simpan duit untuk beli rumah. Lepas tu bising rumah semua dah mahal. Kah!
Ramai anak remaja yang hanya tahu bercakap kosong, tetapi malas hendak ambil langkah yang sepatutnya. Akhirnya masa terbuang begitu sahaja, sedangan jika sudah mula menyimpan dari awal, pasti anda sudah dapat memiliki rumah sendiri.
Sumber: Facebook/Amir Syahir