Anda tentu tidak gemar apabila sering diganggu nyamuk tidak kira di mana anda berada. Malah di antara ramai-ramai orang yang berada di suatu tempat, hanya anda yang kerap diganggu nyamuk.
Kadang-kadang rasa rimas kalau nyamuk bermain-main dekat telinga, lagi-lagi masa tengah buat kerja. Paling geram tu, entah bila masa dia hinggap di badan dan menghidap darah, tahu-tahu saja badan gatal-gatal.
Sebenarnya, ini bukan perkara aneh kerana nyamuk memang memilih mangsanya sendiri. Ada beberapa sebab yang membuat nyamuk memilih anda sebagai mangsa iaitu:
Genetik
Secara genetik sesetengah orang sememangnya akan sering diganggu nyamuk. Pada gen-gen tertentu seseorang menjadi sasaran nyamuk.
Kandungan Asid Pada Tubuh
Nyamuk lebih tertarik kepada orang yang menghasilkan asid berlebihan pada tubuh. Bahan seperti asid urik dan asid laktik mengeluarkan aroma tertentu dari tubuh yang mengundang nyamuk untuk hinggap dan menghisap darah dari tubuh anda.
Tinggi Kadar Kolesterol
Prof. Jerry Buthler dari university Florida mengatakan seseorang dengan konsentrasi kolestrol yang tinggi didalam tubuh menarik perhatian nyamuk.
Penghasilan Gas Karbon Dioksida
Orang yang mengeluarkan gas karbon dioksida lebih banyak daripada tubuh adalah sasaran terbaik nyamuk. Golongan ini adalah dikalangan orang dewasa dan wanita hamil.
Ketegori Darah
Mereka yang memiliki darah O cenderung digigit nyamuk berbanding ketegori darah yang lain.
Sebaik-baiknya hindarkan diri dari tekena gigitan nyamuk, penyakit merbahaya mampu menyerang anda disebabkan nyamuk. Sentiasalah waspada dan menjaga kebersihan sekitar rumah anda. Jangan pakai pakaian yang bajunya berlengan pendek dan berseluar pendek.
Jangan lupa pasang ubat nyamuk atau spray sekitar ruang tamu anda menjelang mahgrib. Kerana ketika itu nyamuk suka mencari mangsanya. Jaga diri anda dan keluarga.
Sumber: Ceritamenarik.com