Tahukah anda wujudnya sebuah pulau yang didiami oleh orang Melayu yang terletak jauh beribu batu daripada Malaysia?
Dikenali sebagai Kepulauan Cocos ataupun Keeling Islands, pulau ini merupakan sebuah wilayah yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan Australia.
Penduduk di sini dikenali sebagai Melayu Pulau Cocos dan merupakan komuniti masyarakat yang membentuk kumpulan etnik terbesar menetap di Kepulauan Cocos dan sebahagian lagi orang berkulit putih.
Mereka beragama Islam dan masih mengamalkan adat Melayu seperti bercakap dalam Bahasa Melayu, memakai pakaian tradisional seperti baju kurung dan juga baju Melayu.
Kepulauan ini pada mulanya telah dijumpai oleh William Keeling pada tahun 1609. Sebab itu terdapat nama Keeling pada pulau itu.
Pada awal abad ke-19, pulau ini adalah settlement dengan pedagang Scottish. Jadi, William Keeling pun membawa masuk orang-orang Melayu dari Tanah Melayu ke Pulau Cocos ini untuk bekerja di ladang copra.
‘Macam mak mak kita kan tengah buat kerja, pakai kain batik. Tapi in real life, dorang warganegara Australia. Duduk jauh gila dari Malaysia.’
‘Kalau nak tengok camne kehidupan dorang kat Cocos Island, boleh tengok kat sini. Serious macam kat kampung.
Oh, lupa nak bagitahu. Cocos Island ni bawah Australia tau.’
‘Oh, lupa nak bagitahu. Cocos Island ni bawah Australia tau.’
‘What amazed me, Islam dorang still kuat even jauh dari negara-negara Islam yang lain, even under Australian government and pulau yang kecik je. Proud to be part of Malay.’
‘Terima kasih pada kerajaan Australia sebab menyokong mereka dari segi kewangan dan ekonomi.’
‘Makanan tradisional pun still dorang makan even kat Australia. Proud of them.’
Sumber: Twitter/Irfan Mazuki