Ramai para ibu bapa memanfaatkan minggu terakhir musim cuti sekolah untuk membeli kelengkapan persekolahan anak masing-masing. Pelbagai kerenah ibu bapa juga dapat dilihat seperti berdepan keĀsukaran mencari saiz pakaian anak dan pilihan kasut yang terhad selain mengeluh kerana harganya semakin mahal.
Di dalam keluh-kesah, tetap jua membeli supaya dapat memberi semangat kepada mereka pada hari pertama persekolahan. Antara barangan persekolahan barangan keperluan untuk anak-anaknya sudah pasti yang paling penting adalah beg sekolah. Tapi ada satu perkara ini yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa. Menurut saranan yang telah ditetapkan, kanak-kanak sekolah adalah tidak sewajarnya mengangkat beban melebihi 10% dari berat badan mereka. Senarai berikut ini menunjukkan isu beg sekolah yang berat bukan satu perkara yang ringan.
7 akibat mengangkat bebanan melebihi 15% dari berat badan mereka
– Risiko kecederaan dan kerosakan tulang belakang
– Risiko Skoliosis (bengkok tulang belakang)
– Kesakitan tengkok dan bahu akibat mengangkat beban
– Menjejaskan perkembangan tulang belakang
– Sakit kepala
– Mengurangkan kapasiti pernafasan
– Menjejaskan postur tubuh.
Kajian KPM mendapati 42% beban beg sekolah pelajar merupakan objek lain selain buku
– Bekas minuman
– Beg kosong yang BERAT (20% dari jumlah keseluruhan bebanan!)
– Komik
– Pakaian uniform dan pakaian sukan.
Prihatin dengan isu ini, Aliff Channel memohon anda untuk menyebarkan, meningkatkan kesedaran mengenai isu ini dan mendidik masyarakat (khususnya ibu bapa) untuk memainkan peranan dalam menangani isu ini.