Sebut saja sushi, pasti ramai yang menggemarinya. Shusi adalah makanan jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk berupa makanan laut, daging, sayuran mentah atau yang sudah dimasak.
Nasi sushi mempunyai rasa asam yang lembut kerana dicampur dengan campuran cuka beras (mizkan), garam, dan gula.
Sehingga tahun 1970-an sushi masih merupakan makanan mewah. Rakyat biasa di Jepun hanya makan sushi untuk merayakan acara-acara khusus .
Walaupun kedai makan kaitenzushi yang pertama sudah dibuka tahun 1958 di Osaka, penyebarannya ke daerah-daerah lain di Jepun memakan waktu lama. Makan sushi sebagai acara seluruh anggota keluarga wujud di tahun 1980-an
Tetapi adakah anda tahu bahaya yang mungkin terjadi apabila terlalu kerap memakan sushi?
Menurut Laporan Jurnal Kes Perubatan British, pakar dari Portugal telah memberitahu cara mereka merawat seorang lelaki berusia 32 tahun yang didapati wujud telur parasit di lapisan ususnya. Dia telah mengalami sakit perut, muntah, dan demam selama seminggu.
Ujian darah yang telah dijalankan menunjukkan keradangan ringan, dan kawasan di bawah tulang rusuknya menjadi lembut. Apabila lelaki tersebut mengatakan dia telah makan sushi baru-baru ini, doktor mengesyaki bahawa dia mungkin mengalami anisakiasis.
Anisakiasis ialah satu penyakit parasit yang disebabkan oleh anisakid nematodes (cacing) yang boleh menyerang dinding perut atau usus manusia. Keadaan ini berlaku apabila telur yang dijangkiti diambil daripada ikan atau telur yang mentah atau kurang masak.
Para doktor telah menjalankan endoskopi (satu prosedur yang mana doktor menggunakan alatan khas untuk melihat organ dalaman), dengan memasukkan tiub panjang dengan kamera ke dalam perutnya.
Mereka telah mendapati telur cacing seperti parasit yang melekat di satu bahagian yang membengkak di lapisan usus. Telur tersebut telah dikeluarkan dan lelaki tersebut sudah pulih.
Kebanyakan kes anisakiasis telah dilaporkan di Jepun tetapi kini, kes ini telah meningkat di beberapa negara Barat
Sumber: Nakbebel