Minuman berkafein sememangnya minuman kegemaran rakyat malaysia, selain teh, kopi antara paling terkenal dan sering diambil. Pengambilannya tidak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam.
Tahukah anda, pengambilan mimuman berkafein ini jika berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan? Baru-baru ini juga heboh tentang kopi beracun! Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Kebiasaannya terkandung di dalam jenama-jenama produk yang semakin banyak di pasaran, semuanya mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Kebanyakkan racun berjadual digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.
Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing. Berhati-hatilah ketika memilih untuk membeli kopi segera sekarang, segala kemungkinan bahaya boleh berlaku.
Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang:
Cafe Abang Yes
Candi Gold
Candy 193
Extend Up Energy Drink
Extremen
Extrewomen
Goji Guarana
Goji Guarana Extra
Goji More
Goji Yumberry
Guara Cafe
HBW Ice Lemon Tea
Hotton Vitality Candy
Ie2 O
King Cappucino
Knight Cofee
Kolek Cafe Power Plus
Kopi Angguk
Kopi Asmara
Kopi Bagus AAA
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Kopi Pahlawan
Kopi Super Angguk
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Maca Max
Macagin Ginseng Candy
Mentalk Candy
Nexus MXP
Night Cafe
Red Energizer Candy For Men
Royal Beverage Maqrifatun
Sasanergy Drink
Trica Jus
Tri-Max
True SR
Vigor Candy
Vitca-F
Vitca-M
Winnie Beauty V1
XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia [Murai]
Baca dengan teliti senarai ini, dan jadikan sebagai panduan anda untuk membeli kopi segera diluar sana. Kepada peniaga diluar sana, jangan kerana inginkan keuntungan berganda, anda sanggup membahayakan kesihatan pengguna lain.
Sumber: mediaon9.com, ammboi.com