Sebab itu Islam menyuruh umatnya sentiasa bersih dan membersihkan kerana kekotoron itu sememangnya permulaan untuk penyakit.
Tak pasti penulis bagaimana si pemalas dan pengotor sanggup tahan hidup dalam keadaan sebegini.
Lihat sahaja, gambar-gambar berikut. Kata orang, ruang persekitaran anda mencerminkan siapa anda sebenarnya.
Persekitaran yang tidak bersih akan mengundang penyakit seperti kepialu, malaria dan denggi. Bukan itu sahaja, mereka yang tidak gemar membersihkan diri atau persekitaran tergolong mempunyai penyakit jiwa dan simptom kepada kanser.
Semoga anda semua insaf dan mulakan aktiviti pembersihan hujung minggu ini.
1. Keadaan bilik yang bersepah sehinggakan anda perlu mencari keyboard dan mouse hanya untuk log masuk ke dalam komputer anda
2. Beginilah keadaan bilik seorang perokok tegar apabila tidak dibersihkan lebih dari seminggu
3. Jahanam keyboard akibat terkena bara daripada puntung rokok!
4. Mungkin mereka ini tidak pernah mengetahui kewujudan ashray?
5. Bilik seorang pelajar yang terlampau sibuk atau mungkin terlampau pemalas?
6. Tak faham kenapa mereka ini tidak menggunakan ashtray untuk membuang puntung rokok mereka
7. Walaupun masih semak, namun inilah foto yang paling kemas setakat ini
8. Sistem filing yang paling fail setakat ini
9. Ruangan pejabat yang lebih kotor daripada sebuah bengkel
10. Beginilah keadaan apabila pejabat anda terletak di dalam sebuah bilik stor
11. Daripada peti ais hinggalah ke komputer, kesemuanya kotor!
12. Ruang dapur yang kelihatan seperti selepas berlakunya perang
13. Pinggan yang ditinggalkan di dalam sinki sehingga berkulat. Mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan pinggan dan cawan kertas selepas ini