Kalau sebut rabun je mesti ianya selalu terjadi kepada ibu bapa kita yang sudah tua bukan? Sebenarnya ada je anak kecil atau remaja yang mengalaminya, tetapi berbeza dengan orang tua.
Oleh sebab itu anak-anak haruslah mengambil berat akan hal ini, jika penyakit rabun ini tidak diambil serius, kemungkinan boleh terjadinya buta kekal.
Jika kedua orang tua anda ada mengadu sakit mata, bawa mereka segera ke hospital, jangan lengah-lengahkan. Anggap seperti anda yang mengalaminya. Jangan abaikan tanggungjawab anda!
Rabun ada dua jenis, jom kita tambah pengetahuan tentang rabun ini.
Rabun Tua (Presbyopia)
Kalau dulu hobi mereka membaca surat khabar, mengaji, tetapi sekarang sudah jarang, malah tidak menyentuh surat khabar. Kita fikir itu perkara biasa, tetapi jika anda seorang anak yang peka dengan kesihatan ibu bapa anda, tentu anda hairan dan cepat-cepat hantar mereka ke hospital. Bila kita nampak macam ni itu tanda ada masalah penglihatan dekat dan perlu di bawa jumpa optometris. Mereka perlukan cermin mata membaca.
Mata rasa kelabu dan berasap
Itu tanda dah mula ada selaput mata / katarak. Mula mula kecil lama-lama makin banyak dan akan tutup seluruh penglihatan. Dari nampak muka kita jelas sampai tak nampak langsung, danmasa tu kita fikir itu hanya masalah biasa apabila dusah tua, tapi anda tidak tahu betapa sedihnya mereka mengalaminya.
Katarak boleh hilang jika kita buat pembedahan mata, pujuk lah mereka dengan sebaik2 nya. Bagitahu yang pembedahan tu tak lama pun, sekejap saja. Jika tidak dibedah , boleh kena risiko Glaukoma sekunder iaitu penyakit yang boleh sebabkan saraf mata mati dan boleh jadi buta kekal.
Kencing Manis Kronik akan menyebabkan pelbagai komplikasi bukan setakat buah pinggang rosak malah saraf mata pun rosak. Ini dipanggil Diabetis Retinopati. Jika mereka susah nak kawal makan, anda sebgai anak perlu memainkan peranan dengan menjaga pemakanan mereka, selain kencing manis kurang, kasih sayang pun makin bertambah dan semakin erat. Tapi kalau anda pun tidak mahu ambil kisah, mereka ambil makanan harian dengan kandungan banyak lemak dan makanan manis, tahu-tahu saja pendarahan banyak dalam mata.
Apa kita takut, parut dalam mata tu boleh sebabkan retina tertanggal dan buta kekal. Sebagai anak, tolong lah sayang ibu bapa anda. bukan setakat pelok cium dah tanda sayang, tapi jaga pemakanan mereka dengan baik, itu baru tandanya sayang.
Sumber: Siakapkeli.my