Mencari resepi chicken chop yang sedap? Jika anda pergi ke restoran-restoran western food, chicken chop merupakan antara menu yang menjadi kegilaan ramai kerana bahagian paha ayam memang mengiurkan. Sebenarnya chicken chop BUKAN hidangan western food.Chicken Chop adalah masakan ciptaan TEMPATAN tanah melayu(semenanjung,Singapore).
Dipercayai bangsa Hainan membawa sejenis hidangan daging khinzir yang digoreng bersama salutan tepung,akan tetapi daging khinzir agak sukar didapati di semenanjung ketika itu,maka ayam digunakan sebagai pengganti.Hidangan ini sebenarnya berkuah pekat masam manis.Hidangan ini seterusnya dijual di gerai² makan milik bangsa hainan dan sudah tentu pelanggan mereka ketika itu juga diantaranya terdiri dr pegawai² bangsa inggeris.
Maka nama chicken chop wujud dari situ.Hidangan ini seterusnya diasalimisasikan dgn cara hidangan bangsa inggeris iaitu didalam satu pinggan harus mengandungi protin sebagai makanan utama dan di sertakan sayuran dan sumber kanji(nasi digunakan ketika itu)dihidang bersama sos sweet sour berasingan.
Disini ada satu resepi chicken chop cara masakan restoran mahal yang boleh anda buat di rumah:
Bahan-bahan
- 2 keping paha ayam debone
- 2 sudu kecil serbuk/pati ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu besar jus lemon
Bahan Salutan
- 1 biji telur – di pukul ringan
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan breadcrumbs
Cara-cara :
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu. Masukkan semua sos, kicap, air dan cendawan butang. Biarkan mendidih. Kemudian tuang larutan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam kasar.
Kacau dengan api perlahan hingga kuah hampir pekat. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan bahan sampingan yang lain.
Kentang Putar
- 3 biji ubi kentang – potong dadu
- 2 sudu besar mentega
- 1/4 cawan susu segar atau whipping cream
Cara-cara :
Rebus kentang hingga empuk, lenyek ketika masih panas hingga halus.
Panaskan susu dan mentega hingga cair, masukkan ubi kentang dan gaul hingga sebati.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan putih secukupnya.