Pisang biru sebenarnya bukan jenis pisang baru. Pisang ini adalah sejenis pisang hybrid triploid atau persilangan dari Musa balbisiana dan Musa acuminata. Benihnya juga sudah ada dijual secara dalam talian. Buat makluman, pisang ini dikenali dengan nama Blue Java, tetapi juga dikenali sebagai pisang aiskrim, pisang Hawaii, Ney Mannan, Krie, atau Cenizo.
Pisang ini dinamakan pisang biru kerana kulit pisangnya berwarna biru apabila masih mentah. Tetapi kulit pisang ini akan menjadi kuning apabila masak. Di samping itu, isi pisang ini juga mempunyai tekstur yang unik. Tidak seperti pisang secara umum, isi pisang ini mempunyai tekstur seperti aiskrim. Malah wangiannya juga seperti bau vanila dan kastard. Isinya boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak.
Memetik laman FIne Dining Lovers, pisang ini boleh diproses menjadi flambe pisang dengan penambahan aiskrim vanila dan kayu manis. Selain buahnya yang unik, pokok pisang ini boleh bertahan pada suhu yang lebih rendah. Daun juga padat dengan penambahan warna perak kehijauan. Daun juga boleh digunakan seperti daun pisang secara amnya.
Memetik laman How to work stuff, pisang yang termasuk dalam cavendish dianggap tahan terhadap penyakit Panama dan juga Fusarium oxyspporum. Kedua-dua penyakit ini telah menghancurkan cavendish dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Mahu menikmati pisang biru ini? Boleh didapati di laman Amazon dan anda juga boleh membeli biji benih
Walaupun jarang untuk didapati, pisang berkulit biru ini juga dijual tidak terlalu mahal, hanya sekitar US$ 4.73 atau sekitar RM 20.00 sahaja, tetapi tidak jelas apakah harga setandan atau hanya sebiji. Para pecinta pisang Blue Java biasanya tidak makan pisang ini secara mentah. Mereka lebih suka membuatnya sebagai bahan untuk roti bakar atau dijadikan pelbagai jenis pencuci mulut. Ramai juga membekukan pisang berkulit biru di dalam peti sejuk untuk dijadikan aiskrim. Ya, rasanya yang unik seperti aiskrim tidak lagi perlu ditambah dengan pemanis gula, jadi ia dikelaskan sebagai makanan sihat.