Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Kulinari

Manfaat Kesihatan Buah Durian Yang Kaya Nutrisi

09/05/2018
dalam Kulinari
2 minit bacaan
0
durian

Ilustrasi - Foto: youtube.com

91
PERKONGSIAN

Isi kandungan:

  • Kaya nutrisi
  • Anti lemak buruk
  • Antioksidan
  • Durian membantu masalah kesuburan
buah durian
Foto blogspot.com

Dengan rasanya yang manis dan lazat, durian salah satu buah yang digemari oleh rakyat Malaysia. Selain lazat, durian yang mempunyai banyak duri besar tajam pada kulitnya ini sebenarnya menyimpan kelebihan kesihatan yang cukup banyak. Buah durian adalah termasuk buah-buahan yang bersaiz besar dan termasuk buah terbesar dengan kulitnya berduri tajam dan keras. Buah durian memiliki berat biasanya antara 1 kg – 4 kg, sementara diameternya boleh mencapai 15 cm hingga 30 cm.

Pokok durian tumbuh liar di hutan-hutan di Asia, seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand, dan terdapat juga yang tumbuh kerana ditanam, ini senario yang paling banyak. Pokok durian akan berbuah apabila mencecah usia 4 tahun. Pokok durian akan terus membesar sehingga mencapai ketinggian 50 meter. Pokok ini akan tumbuh selama usia mencecah beberapa dekad.

Isi buah durian biasanya berwarna kuning ke keemasan, namun ada juga yang isinya berwarna putih agak pucat (biasanya tidak manis). Biji durian ada yang besar dan ada yang bersaiz kecil bergantung pada jenis-jenis durian itu sendiri. Berikut adalah beberapa kelebihan untuk makan buah durian yang dijuluki raja buah untuk tubuh kita. Bersumberkan laman tempo.co.

Kaya nutrisi

Buah Durian mengandungi pelbagai vitamin yang penting untuk tubuh. Antara lain adalah vitamin B, C, dan E. Selain itu, durian juga kaya dengan mineral penting seperti zink, mangan, besi, natrium, magnesium, kalsium, kalium, dan fosfat.

Anti lemak buruk

Ramai orang berfikir bahawa durian mengandungi kolesterol tinggi. Sebenarnya, durian ini tidak mengandungi kolesterol dalam buahnya. Durian mempunyai ciri-ciri antilipidemik. Iaitu, dapat membantu mengawal paras kolesterol dan lemak buruk (LDL) dalam darah. Walaupun begitu, durian juga mengandungi kalori, jadi jangan kita makan banyak buah yang manis ini. – aliffchannel.com

Baca Juga  Tidak Sekadar Mencegah Penyakit Kronik, Inilah 8 Kelebihan Minum Air Kopi

Antioksidan

Durian mempunyai kesan antioksidan dari kandungan fenol, flavonoid, dan karotenoid. Antioksidan ini penting untuk mengatasi radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam badan.

Durian membantu masalah kesuburan

Menurut beberapa kajian, durian berpotensi mengurangkan risiko Polycystic Ovarian Syndrome atau PCOS. Keadaan ini merupakan salah satu punca ketidaksuburan pada wanita. PCOS ditandai dengan munculnya kista-kista kecil di dalam indung telur atau ovari. Kandungan pada buah durian dapat memperbaiki metabolisma glukosa dan lemak sehingga dapat mengurangkan rintangan insulin yang merupakan salah satu penyebab munculnya PCOS.

Akhir kata, perlulah juga diketahui secar umum bahawa bahaya durian paling parah adalah apabila dimakan bersama alkohol, kerana kandungan sulfur dalam durian akan menghalang metabolisma alkohol dan ini boleh mengakibatkan kematian. Oleh itu, berhati-hati dengan buah ini, selain rasanya yang enak dan manis, terdapat juga sejumlah racun didalamnya.

Hashtag: DURIAN

Artikel Berkaitan

Bahaya makan kentang goreng

5 Bahaya Kentang Goreng, Menurunkan Imuniti Dan Penyebab Strok

23/01/2021
Daun ganja goreng & sandwich ganja

Hospital Ini Menyediakan Menu Ganja Goreng Dan Sandwic Ganja

22/01/2021
sejarah donut

Sejarah Asal Usul Nama Donat: Do Nut

20/01/2021
makanan melegakan sakit kepala

4 Makanan Untuk Melegakan Sakit Kepala

18/08/2020
buah nanas tidak sesuai untuk dimakan oleh pengidap penyakit diabetes

4 Jenis Buah-buahan Yang Perlu Dihindari Pengidap Diabetes

18/08/2020
cara cuci ikan frozen

6 Cara Mencuci Ikan Yang Masih Beku

28/05/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • 8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    3414 perkongsian
    kongsi 3414 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • 5 Tanda Kemungkinan Sedang Mengalami Depresi Tetapi Anda Abaikan

    10046 perkongsian
    kongsi 10046 Tweet 0
  • 10 Kategori Wanita Yang Lelaki Tidak Digalakkan Menikahinya

    180 perkongsian
    kongsi 180 Tweet 0
  • 5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved