Kita sebagai seorang isteri seharusnya lebih peka dengan kehendak suami. Banyak kes penceraian hanya kerana perkara-perkara kecil yang suami inginkan tetapi isteri tidak mahu lakukan, oleh kerana itu suami terasa tidak dihargai dan mudah terasa tertekan. Isu ini bukan berkaitan dengan seks semata-mata, tetapi berkaitan dengan pembawakan si isteri.
Bagi sesetengah isteri perkara-perkara ini hal yang remeh untuk difikirkan dan untuk disoalkan, tetapi bagi seorang suami pula, hal yang dianggap remeh ini la yang sebenarnya membuatkan suami semakin sayang dan menghargai si isteri. Apakah perkara-perkara itu? Mari kita huraikan.
Masak sendiri
Ada dikalangan isteri yang sibuk bekerja lebih suka membeli makanan atau lauk di luar sahaja, dengan alasan badan penat dan tidak larat untuk memasak. Sebenarnya tidak salah jika anda pulang dan rehat sebentar dan boleh mula memasak. Suami tidak kisah isteri masak yang biasa-biasa saja, asalkan masakan tersebut ikhlas dari air tangan si isteri. Telur masak kicap dengan ikan goreng pun suami berselera jika anda yang memasak dan menemaninya makan bersama. Baru romantik.
Pakai pakaian kemas dan wangi
Pada suri rumah sepenuh masa, pasti akan rasa penat melakukan tugas seharian dirumah kan? ditambah pula ada anak, mungkin persiapan diri agak terjejas. Tetapi cuba lah berpakaian kemas dan rapi sebelum suami pulang. Pastikan suami anda melihat anda dalam keadaan bersih dan wangi. Baru la suami rasa semnagat nak peluk cium kan!
Buatkan minuman
Setelah suami pulang dalam keadaan lesu dan letih, sebaiknya anda sediakan segelas air suam sebelum memberikan air kopi ataupun teh. Setengah jam setelah suami berehat anda boleh sediakan kopi.
Sambut kepulangan dengan senyuman
Walau punat bagaimana sekalipun anda, hadiahkan senyuman paling ikhlas dan bermakna kepada suami anda. Dengan itu suami anda rasa lebih bahagia dan gembira pulang ke rumah.
Jangan banyak soal
Suami balik kerja pasti dalam keadaan penat, jadi jangan pula anda terus persoalkan macam-macam ketika itu. Sebaiknya anda membiarkan suami berehat sebentar dan hilangkan tekanannya di tempat kerja telebih dahulu. Setelah dia mandi dan solat, baru anda perlahan-lahan ajukan soalan. Suami pun tidak tertekan dan dapat menjawab persoalan anda dengan baik.
Tolong bawa barang suami
Jika anda lihat suami balik dari kerja pegang banyak barang, contohnya beg ataupun fail. Jangan berat tangan hendak tolong suami bawakan barang-barang tersebut. Ringankan beban suami, suami pun suka kan!
Suami telah banyak berkorban masa untuk isteri dan anak-anak, oleh itu isteri jangan la pula “kedekut” nak tolong suami. hidup berumah tangga ini banyak dugaannya, jadi jika inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia, pastikan kedua-duanya bertolak ansur dan bertimbang rasa.
Sumber: Nurul Hidayah