Sari Yanti walaupun sudah berusia lingkungan 30-an, di layar tv dia masih lagi melakonkan watak-watak remaja sekolah. Ini disebabkan wajahnya yang awet muda walaupun sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
Malah bukan setakat awet muda, bentuk badannya juga kekal langsing. Berikut ini amalan-amalan Sari Yanti untuk rambut kekal cantik & menawan.

Rambut kekal menawan
Selalu menyapu minyak pada rambut lebih-lebih lagi jika mewarnakan rambut. Biasanya rambut akan menjadi kering berbanding rambut yang tidak diwarnakan. Rambutnya juga cepat panjang, jadi setiap sebulan setengah dia akan ke salun untuk trim.
Amalkan minum air 40 minit selepas makan
Sari hanya akan minum air 40 minit selepas makan. Jika nak tahu, Sari Yanti seorang yang tak makan sayur, sebaliknya dia lebih suka makan buah-buahan.
Amalkan buah-buahan jika kurang minum air
Biasanya untuk sarapan Sari akan makan anggur, kiwi dan dicampurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, dia akan gantikan dengan mangga dan pisang. Ramai tak tahu yang Sari Yanti ni jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air.
Makanan tambahan penting untuk kesihatan
Sari ambil vitamin C dan makanan tambahan ekstrak buah-buahan untuk kekal sihat memandangkan jadualnya padat. Kesihatan perlu sentiasa di jaga.
Sumber: Viralogix
Komen?