Sebut saja kecantikkan, pasti sinonim dengan wanita bukan? Wanita mana yang tidak sukakan kecantikkan. Bermacam cara dibuat agar kulit sentiasa cantik dan licin.
Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata ingin dapatkan kulit yang cantik tetapi akhirnya tidak memberi apa-apa perubahan pada kulit muka. Duit dah habis, tetapi hasilnya sangat mengecewakan.
Jika anda mahu jimatkan duit,anda boleh cuma tips-tips yang dikongsikan oleh Yan ini, Nampaknya bukan sahaja wanita yang berminat dengan kecantikkan kulit ya, lelaki juga sama menitik beratkan penjagaan kulit muka.
Jejaka ini berkongsi tips di laman twitternya. Jom kita lihat.
Pokok pangkalnya solat jangan sesekali tinggal, bukan sahaja nampak “nur” diwajah anda, bahkan akan membuatkan hidup anda tenang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sebenarnya makhluk ciptaan Allah s.w.t itu semuanya cantik-cantik belaka, anda hanya perlu bersyukur dan menerimanya dengan hati terbuka.
Anda boleh amalkan tips-tips yang diberi sebagai usaha mencantikkan lagi kulit muka anda. Bukanlah bermakna anda ingin mengubah ciptaan Allah s.w.t. Oleh kerana kita sayangkan ciptaan ALLAH S.W.T la kita berusaha menjaganya bukan?
Selamat mencuba ya!
Sumber: Hanasuva.com