Melempar telur dan tepung menjai kebiasaan apabila tibanya menyambut hari lahir, ramai anak muda yang menganggap ianya hanya untuk suka-suka malah tiada bahaya pun terhadap ‘mangsa’ itu. Jika ianya memang benar tidak memberi impak negatif, mungkin tiada apa-apa yang hendak dirisaukan, itu bermakna anda dengan rakan anda masih selmat.
Tetapi bagaimana pula jika kebetulan ketika itu anda tersalah baling telur dan terkena pada bahagian sensitif dan mengakibatkan kecederaan serius? Ramai yang tidak mengambil kira akan keselamatan, yang mereka tahu hanyalah ingin bergembira dan menyambut hari lahir rakan. Tetapi jika sehingga menyebabkan buta bagaimana pula?
Seorang remaja telah kehilangan upaya setelah menjadi buta akibat dibaling dengan tepung dan telur oleh rakan-rakannya ketika menyambut hari lahirnya. Kejadian yang sangat memilukan dan Remaja ini mengeluh, ”Aku ingin mataku dapat melihat kembali” itulah ungkap Remaja 18 tahun M.Yusuf yang buta akibat terkena infeksi akibat lemparan telur busuk oleh rakannya sendiri ketika merayakan hari jadinya.
Hal itu di ungkap oleh kakak mangsa sendiri menerusi laman media sosial facebok seperti yang di laporkan oleh Tribun Medan semalam.
Menerusi sumber tersebut, kejadian berkenan berlaku pada bulan lalu, ketika mangsa merayakan hari jadinya, salah seorang rakannya melemparkan telur busuk dan mata terkena percikan telur tersebut.
Selepas beberapa hari Yusuf mengalami sakit mata dan dibawa berjumpa pakar mata oleh kakaknya. Setelah di periksa terdapat selaput putih yang menyelimuti matanya. Rupa-rupanya remaja berkenandisahkan oleh doktor bahawa mata kirinya telah buta.
Sebagai seorang kakak yang bertanggung jawab ke atas adiknya selepas ketiadaan kedua orang tuanya begitu terkesan dengan nasib yang menimpa adik kesayangannya itu.
Kedua adik beradik berkenan di asuh oleh nenek mereka sejak kecil, kini satu mata adiknya sudah tidak dapat melihat lagi.
Pada status berkenan kakak Yusuf turut memuat naik sekeping gambar yusuf yang tertunduk kebawah sungguh pun tak ada keceriaan di wajahnya.
“Kakak, aku ingin mataku dapat melihat kembali” hanya itu kata yusuf kepada kakaknya, sedih bercampur pilu begitu jelas terlihat ketika Yusuf mengungkapkan kata kata itu.
Sebagai seorang kakak, saya hanya mampu berdoa serta memberikan semangat, semoga setelah ini tidak ada lagi kejadian-kejadian bodoh yang dapat merugikan seseorang seperti adik saya.
Perkara seperti ini sangat memberi pengajaran kepada remaja-remaja diluar sana supaya menyambut hari lahir dengan bersederhana sahaja dan tidak melampaui batas – batas sehingga mengakibatkan kecederaan.
Jika hendak menyambut hari lahir sekalipun, banyak cara lain yang lebih selamat. Jangan ambil risiko yang boleh membahayakan anda dan juga rakan anda, jika sudah jadi begini, menyesal pun tidak berguna lagi.
Sumber: Ceritamenarik