Selain tubuh ramping, ramai wanita yang mengidamkan perut yang kempis dan menarik bukan? Tidak dinafikan ramai dikalangan wanita yang mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.
Bersenam adalah salah satu kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tetapi tahukah anda pemgambilan makanan yang betul dan seimbang lebih memberikan hasil yang maksimum.
Jika anda inginkan ukuran lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit, sila amalkan pemakanan ini.
Oregano
Taburkan oregano dalam satu menu sayuran kegemaran anda. Oregano memiliki khasiat yang amat baik untuk melancarkan pencernaan. Selain itu, herba ini boleh memberikan aroma yang nikmat pada hidangan anda.
Agar-agar
Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut anda. Ia diperbuat dari[ada rumpai laut dan membantu pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh.
Jus buah-buahan
Minum jus buah buahan yang disarankan seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang boleh disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda merasa Kenyang lebih lama.
Brokoli
Sayuran yang cantik dan enak ini,merupakan sumber makanan yang penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh meancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolism badan anda.
Teh
Minum the juga boleh membantu anda mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disaranan adalah the hitam dan the hijau. Tetapi tidak disarankan meminum the setiap hari.
Yogurt
Bila perut anda sudah banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat dan melancarkan proses pencernaan anda.
Anda boleh mencuba beberapa kaedah ini, mana tahu nanti anda berupaya memiliki lilit pinggang yang diidamkan dan perut pun tidak buncit! Selamat mencuba ya!
Sumber: Mingguan Wanita