Mesti ramai yang menyaksikan perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand, pada malam ini di Stadium Shah Alam.
Tetapi dalam pada itu, rasanya ramai lelaki yang teruja nak tengok pengurus pasukan bola sepak Thailand, Watanya Wongopasi. Memang cantik orangnya.
Watanya mula memegang jawatan sebagai pengurus bola sepak Thailand U-21 pada tahun 2016. Kemudian baru mengemudi pasukan Thailand U-22 di Piala AFC U-23. Kini, Watanya menggalas tanggujawab berat untuk membawa Thailand di Sukan SEA 2017.
Wanita cantik berusia 32 tahun ini merupakan bekas wartawan di sebuah stesen televisyen ternama di Thailand. Keputusannya untuk menyertai Football Association of Thailand (FAT) merupakan pengalaman pertamanya dalam dunia bola sepak.
Walaubagaimanapun, pengalamannya dalam komunikasi media menarik minat FAT merekrutnya. Menurut Watanya, dia bercita-cita untuk memajukan bola sepak Thailand ke antarabangsa meskipun pengalamannya dalam bola masih minimum.
Sumber: Hanasuva.com