Suka makan megi? Mi segera atau dikenali ramai dengan panggilan ‘megi’ sangat popular di kalangan pelajar malah orang bujang kerana harganya yang murah dan dianggap makanan ‘jimat’ dan penyediaannya yang mudah dan cepat.
Hampir kebanyakkan rumah akan menyimpan mi segera dirumah, bukan? Namun, tahukah anda betapa bahayanya mi segera buat kesihatan kita.
Mungkin ada yang dah sedar, tapi menganggap tidak akan mendapat sebarang penyakit dengan mengamal makan mi segera. Apa sebenarnya keburukan atau bahaya mi segera ini?
1 Masalah Penghadaman
Tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika diambil dengan terlalu kerap, mi segera boleh mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan baik.
2 Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, akan mula memudaratkan buah pinggang.
Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mi segera?
3 Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mi segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergi terhadap bahan ini.
4 Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda pernah jumpa orang yang makan mi segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mi segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup, ini akan melemahkan sistem ketahanan badan.
5 Tekanan Darah Tinggi
Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mi segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Jika anda terus menerus makan mi segera, kolestrol tinggi, diabetes dan juga penyakit jantung bakal datang bertandang.
Tidaklah bertujuan menghalang anda untuk makan mi segera terus. Kebanyakkan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi lebih teruk jika pengambilan mi segera adalah secara berterusan. Dapatkan juga makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan anda untuk masa panjang.
Sumber: Bloggerbar