Pergaduhan itu perkara biasa bagi sesuatu hubungan, sama ada hubungan itu ikatan kekeluargaan ataupun dengan pasangan anda. Orang kata tak kenal maka tak cinta, selalunya kita akan lebih mengenal pasangan apabila berlakunya perbalahan kecil.
Perempuan perlukan perhatian, walaupun perbalahan itu hanyalah isu kecil, tetapi bagi mereka ianya isu yang besar jika anda tidak memujuk mereka. Wanita sememangnya ciptaan yang indah dan kadang kalanya sangat rumit untuk difikirkan. Jika anda lakukan begitu nanti katanya begini pula. Serba salah jadinya.
Walau bagaimanapun, jika anda sayangkan pasangan anda, seboleh-bolehnya anda akan menjaga hubungan anda berdua bukan? Andainya ada salah pada pihak anda dan mengguris hatinya, tidak salah untuk anda mulakan dahulu ucapan maaf, jangan terbawa-bawa dengan perasaan ego anda itu. Wanita itu ciptaan yang manja dan perlukan penuh perhatian. Pujuklah mereka walaupun kadangkala anda rasa ianya tidak perlu, tetapi penting buat mereka.
Seorang gadis di akaun twitternya ada meluahkan perasaan, mengapa setiap kali wanita merajuk, pasangannya tidak mudah memujuk dan suka membiarkan teman wanitanya memujuk hati sendiri tanpa dipujuk? Jom kita lihat rakannya membalas tweet beliau.
Anda pula rasa anda pasangan yang macam mana? Tidak kisah anda perempuan ataupun lelaki. Adakah anda seorang yang mudah memujuk pasangan anda jika dia merajuk? Atau anda akan membiarkan saja dia merajuk dan mengubati lukanya sendiri?
Sumber: Facebook/Aliff Channel