Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
    • Semua
    • Antarabangsa
    • Games
    • Gaya
    • Hiburan
    • Hubungan
    • Inspirasi
    • Islamik
    • Keluarga
    • Kesihatan
    • Komuniti
    • Kuiz
    • Kulinari
    • Lokal
    • Random
    • Sains
    • Teknologi
    • Tips Info
    • Unik
    video zul ariffin

    Zul Ariffin Mangsa Deepfake Dalam Video Terlampau

    tabur french fries atas tray makanan

    Tidak Disarankan Tabur Kentang Goreng Atas Tray, Ini Penjelasannya

    Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan

    Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan

  • Pengiklanan
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
    • Semua
    • Antarabangsa
    • Games
    • Gaya
    • Hiburan
    • Hubungan
    • Inspirasi
    • Islamik
    • Keluarga
    • Kesihatan
    • Komuniti
    • Kuiz
    • Kulinari
    • Lokal
    • Random
    • Sains
    • Teknologi
    • Tips Info
    • Unik
    video zul ariffin

    Zul Ariffin Mangsa Deepfake Dalam Video Terlampau

    tabur french fries atas tray makanan

    Tidak Disarankan Tabur Kentang Goreng Atas Tray, Ini Penjelasannya

    Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan

    Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan

  • Pengiklanan
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua

Isteri Dah Banyak Kali ‘Mati’ Untuk Suami

28/02/2017
dalam Komuniti
2 minit bacaan
0
3
PERKONGSIAN

Setuju dengan apa yang ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali ‘mati’ untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka ‘sedang mati’ untuk kita.

Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.

Mereka tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.

Tiba-tiba hari ini, kita dengar suami pukul isteri, curang dengan isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil.

Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan tu.

Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.

CINTA perlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul.

Baca Juga  Pakai Ketat Itu Antara Saya Dengan Tuhan

Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAK kita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.

Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.

Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.

« Terdahulu

Perempuan Murah Untuk Lelaki Murah

Terbaru »

Siapa Sangka Zaman Sekarang Datuk Boleh Tergoda Dengan Cucu Sendiri, Bapa Boleh Terkam Anak Yang Lahir Dari Rahim Sendiri

Artikel Berkaitan

tabur french fries atas tray makanan

Tidak Disarankan Tabur Kentang Goreng Atas Tray, Ini Penjelasannya

12/12/2019
belanja online 11.11

Lelaki Mahu Bunuh Sendiri Selepas Isteri Berbelanja Online Lebih RM170,000 Semasa Jualan 11.11

12/11/2019
Wang Simpanan Berhenti Merokok Boleh Membeli Motosikal

Wang Simpanan Berhenti Merokok Boleh Membeli Motosikal

11/10/2019
kekasih sempurna

Tetap Menyayangi, Walaupun Muka Kekasihnya Tidak Lagi Sempurna

11/10/2019
Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial

Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial

06/10/2019
Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik

Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik

30/09/2019

Komen?

Aliff Channel

"Dinamik, Padat & Menyeluruh"

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan

© 2019 • Aliff Channel

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

© 2019 • Aliff Channel

error: Kandungan dikunci !!!!