Sebut sahaja hantaran perkahwinan, ada beberapa perkara yang terngiang-ngiang di fikiran kita seperti kita semua set persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barangan berjenama.
Memetik penulis buku kewangan, Azizul Azli Ahmad bersumberkan vanillakismis.my, hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah ketinggalan zaman di zaman kini. Dikatakan lagi, pengantin yang masih menyediakan barangan sebegini tidak mengikut arus semasa.
Azizul menitikberatkan hantaran perkahwinan barangan mewah ini adalah barangan kehendak dan sepatutnya, hantaran perkahwinan untuk zaman sekarang barangan yang perlu disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan selepas berkahwin.
Ada 10 perkara yang aliff channel rasakan bermanfaat untuk dikongsikan di sini buat bakal pengantin di luar sana. Jom kita semak berikut ini.
Gubahan hantaran terkini
Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.
Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.
1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.
2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !
3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.
Beli barang keperluan
4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.
5. Tilam Vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.
6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.
7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?
8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!
9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.
10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.
Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.
Apa yang dikatakan oleh Encik Azizul ada banyak betulnya. Diharapkan selepas ini buat bakal pengantin, kita haruslah bersedia dari segi mental kerana barangan keperluan sememangnya diperlukan selepas kahwin. Semoga berbahagia till jannah!