Kutu adalah salah satu masalah yang sering melanca budak kecil, malahan juga tidak kurangnya pada orang dewasa. Hidup seharian rasa tidak selesa disebabkan oleh kutu ini.
Mana tidaknya, kulit kepala gatal dan sangat rasa tidak selesa. Ada yang sampai berdarah kulit kepala kerana terlalu kuat menggaru.
Kutu boleh berjangkit sekiranya salah seorang yang ada kutu tidur bersama orang yang bebas dari kutu, kutu merebak secara melompat atau terbang kepada kepala orang lain. Kutu menghisap darah dan sekaligus membuatkan kulit kepala anda rasa sangat gatal.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah ini.
Biasanya, seseorang yang tidak menjaga kebersihan akan mudah terkena masalah berkutu kepala ini. Selain itu, menggunakan shampu kepala yang tidak sesuai juga adalah faktor kutu bersarang dikepala kita.
Akhir sekali, berjangkit daripada seseorang yang menghadapi masalah kutu. Bagi kes ini, biasanya pelajar yang tinggal di asrama lebih mudah dijangkiti.
Oleh itu, berikut adalah cara-cara nak halau kutu menggunakan bahan semulajadi :
• Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat.
• Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa.
• Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit.
Selamat mencuba ya.
Sumber: Siakapkeli.my