Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
    • Semua
    • Antarabangsa
    • Games
    • Gaya
    • Hiburan
    • Hubungan
    • Inspirasi
    • Islamik
    • Keluarga
    • Kesihatan
    • Komuniti
    • Kuiz
    • Kulinari
    • Lokal
    • Random
    • Sains
    • Teknologi
    • Tips Info
    • Unik
    isteri perampas suami orang

    5 Tips Merampas Suami Orang

    selalu lambat tanda kreatif

    Kerap Lambat Tanda Anda Seorang Yang Kreatif

    nampak cantik dalam cermin

    Kenapa Kelihatan Menarik Di Dalam Cermin, Tetapi Biasa Sahaja Di Dalam Foto

  • Pengiklanan
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
    • Semua
    • Antarabangsa
    • Games
    • Gaya
    • Hiburan
    • Hubungan
    • Inspirasi
    • Islamik
    • Keluarga
    • Kesihatan
    • Komuniti
    • Kuiz
    • Kulinari
    • Lokal
    • Random
    • Sains
    • Teknologi
    • Tips Info
    • Unik
    isteri perampas suami orang

    5 Tips Merampas Suami Orang

    selalu lambat tanda kreatif

    Kerap Lambat Tanda Anda Seorang Yang Kreatif

    nampak cantik dalam cermin

    Kenapa Kelihatan Menarik Di Dalam Cermin, Tetapi Biasa Sahaja Di Dalam Foto

  • Pengiklanan
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua

Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pengusaha Hotel Mewah 5 Bintang

20/01/2017
dalam Komuniti
3 minit bacaan
0
Berkat Doa Ibu, Anak Kampung Ini Kini Pengusaha Hotel Mewah 5 Bintang

Ilustrasi

96
PERKONGSIAN

Sebaik saja kita memasuki kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, mata kita akan tertumpu ke sebuah hotel 5 bintang terbaru yang pembinaannya berkonsepkan pemerintahan kesultanan Melayu zaman dahulu.

The Mudzaffar Hotel mengandungi 288 bilik mewah, hotel ini mengadap tasik dan yang paling istimewa, terdapat sebuah binaan ala kapal Laksamana Cheng Ho sebagai mengimbau memori negeri penuh bersejarah ini.

Namun tak siapa menduga, hotel yang berharga ratusan juta ringgit ini adalah diusahakan oleh seorang anak kampung dari Kluang, Johor yang seorang bekas wartawan, peguam dan aktivis masyarakat, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Semalam aku bertemu dengan beliau ketika bersama-sama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis minum petang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Johor (JPNJ) di Johor Bahru.

Kami berdua mengenali satu sama lain kerana pernah sama-sama sekolej dulu. Selepas majlis tersebut, Khairul Anwar mempelawa aku untuk menginap di hotelnya.

Bagi memenuhi hasrat seorang sahabat, aku pun drive dari KL ke sana. Bila tiba di MITC, puas aku tercari-cari nama hotel yang beliau sebutkan.

Aku dok ingat hotel tu macam hotel bajet yang sekarang ini tumbuh bak cendawan selepas hujanlah.

Rupa-rupanya aku salah, absolutely
alah – it’s a classic luxurios hotel bro!

Macam yang aku cerita tadi, aku mengenali Khairul Anwar sejak zaman study lagi.

Beliau bukan anak orang kaya, lebih tepat anak penjual kuih dan nasi lemak kat Kampung Melayu, Kluang.

Lepas dapat ijazah undang-undang dari UIA, Khairul Anwar memilih untuk menjadi wartawan dan bukan dalam bidang perundangan. Di sini kami bertemu kembali.

Walaupun kami berlainan agensi, tetapi adakalanya kami terserempak di tempat tugasan.

Baca Juga  'Wajib Hukumnya Hisap Rokok'

Khairul Anwar yang ketika itu bertugas di Berita Harian pernah terpilih memenangi hadiah tertinggi kewartawanan negara, Anugerah Kajai di atas kejayaannya membongkar kemelut birokrasi dan ketirisan di pejabat tanah.

Selepas itu aku langsung tak dengar khabar berita beliau.

Rupa-rupanya beliau meninggalkan dunia kewartawanan dan membuka firma guaman sendiri sebelum menceburi pula bidang hiasan dalaman. Kalau korang masih ingat, rancangan TV terkenal, Casa Impian – itulah syarikat yang diusahakannya.

Dari situ rezeki Khairul Anwar mula mencurah-curah. Atas rasa untuk menyumbang balik kepada masyarakat, Khairul mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah NGO perundangan yang dikenali sebagai Sukaguam.

Kalau aku nak imbas balik, keluarga beliau bukan orang senang. Khairul Anwar anak keempat dari sembilan adik-beradik. Beliau dari kecil menolong emaknya, Kamariah Ariffin menjual nasi lemak dan kerepek.

Tetapi aku nak kongsi satu rahsia…setiap kali emaknya itu memasak nasi, dia pasti akan berselawat sebelum hidangkan kepada mereka adik beradik.

Setiap hari juga Kamariah akan bacakan surah Yasin dan kertas penanda kitab suci itu adalah gambar anaknya itu bro!

Dia juga awal-awal lagi dah bagi tahu yang Khairul Anwar akan jadi peguam, akaknya akan jadi doktor, yang ini akan jadi akauntan, yang ini akan jadi cikgu…akhirnya dengan izin ALLAH, setiap daripada mereka memiliki ijazah dan bertugas dalam bidang yang dia sebutkan itu!

Mengenai bidang perhotelan yang beliau ceburi sekarang, ini adalah bidang terbaru yang diterokainya selepas sektor hartanah dan perundangan.

Menariknya, hotel 5 bintang ini tidak menghidangkan arak untuk para tetamu mereka.

Namun untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah. Pelbagai onak dan cabaran yang beliau tempuh. Masa mula-mula buka firma guaman dulu, beliau bekerja berbulan-bulan tanpa bisnes.

Baca Juga  Hina Caci Maki Ibu Seperti Binatang, Anak Derhaka Disumpah

Bila buka Sukaguam dan membela masyarakat yang teraniaya, beliau dituduh dibiayai dan ada agenda tertentu.

Beliau juga pernah terlibat dalam usaha membebaskan sepasang ibu bapa Melayu yang ditahan kononnya mencederakan anak mereka di Sweden suatu ketika dan ketiku itu beliau pulak dituduh cuba sabotaj hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Tetapi Khairul Anwar tak pernah putus asa bro. Beliau tetap berdoa berdoa dan pada masa yang sama memaklumkan kepada emaknya di kampung agar sentiasa mendoakannya.

Alhamdulillah. Doa ibu itulah yang membakar semangat beliau untuk terus gigih berusaha sehingga memiliki apa yang kita lihat sekarang.

Aku angkat topi pada anak muda ini. Salute Datuk!

Hashtag: doaibu
« Terdahulu

Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Bahagiakan Orang Tua

Terbaru »

Terkejut Ada RM780 Juta Dalam Bank

Artikel Berkaitan

belanja online 11.11

Lelaki Mahu Bunuh Sendiri Selepas Isteri Berbelanja Online Lebih RM170,000 Semasa Jualan 11.11

12/11/2019
Wang Simpanan Berhenti Merokok Boleh Membeli Motosikal

Wang Simpanan Berhenti Merokok Boleh Membeli Motosikal

11/10/2019
kekasih sempurna

Tetap Menyayangi, Walaupun Muka Kekasihnya Tidak Lagi Sempurna

11/10/2019
Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial

Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial

06/10/2019
Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik

Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik

30/09/2019
Kanser Boleh Terjadi Dan Berkembang Jika Anda Patah Hati

Kanser Boleh Terjadi Dan Berkembang Jika Anda Patah Hati

14/09/2019

Komen?

Aliff Channel

"Dinamik, Padat & Menyeluruh"

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan

© 2019 • Aliff Channel

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

© 2019 • Aliff Channel

error: Kandungan dikunci !!!!