Populariti K-Drama dan K-Pop yang melonjak dalam satu dekad terakhir ini, menjadikan Korea Selatan sebagai salah satu destinasi kunjungan paling popular di dunia.
Yang meminati drama Korea atau K-Pop, pasti banyak yang bermimpi untuk boleh hidup satu negara sama oppa-oppa hensem dan nuna-nuna cantik di sana.
Padahal realiti hidup di Korea Selatan tidak seindah yang dipaparkan di drama-drama Korea. Korea Selatan selalu menduduki ranking terbawah dalam kaji selidik kebahagiaan diantara negara-negara maju.
Walaupun Korea Selatan adalah negara yang indah, namun banyak juga sisi gelapnya. Bukan bermaksud merendahkan negara ini, tapi banyak realiti kehidupan di Korea Selatan yang memang tidak seindah bayangan kebanyakkan orang.
1 Berbeza dengan Malaysia, Korea Selatan termasuk salah satu negara yang masyarakatnya sangat homogen. Jarang melihat kepelbagaian, ramai yang cara fikirannya cukup sempit
Banyak pelawak Korea Selatan yang dikritik habis-habisan kerana jenaka yang ‘racist’. Ini berbeza dengan Malaysia yang terdiri dari belasan negeri dengan pelbagai suku dan bahasa, masyarakat Korea Selatan itu terbilang seragam. Walaupun semakin ramai orang dari negara lain yang terdiri dari bangsa berbeza yang berkunjung atau tinggal di Korea Selatan, namun tahap penerimaan masyarakatnya terhadap ‘orang luar’ masih rendah.
Malah, orang-orang Korea Selatan seperti ada mempunyai sebutan tertentu atau stereotaip yang sangat sempit. Dari menganggao orang-orang Asia Tenggara dan Selatan pekerja kilang sehingga ‘Russian girls‘ disinonimkan dengan pelacur.
Atau lihat sahaja pengakuan seorang lelaki Nigeria yang sering dikira kotor oleh orang Korea Selatan kerana kulitnya gelap. Sedih, dia berfikir dia mungkin lebih kerap mandi dan menggosok tubuhnya, kulitnya bakal berubah seperti orang Korea.
2 Mungkin kerana keseragaman itu juga, piawai kecantikannya menjadi begitu sempit dan sangat tinggi. Akibatnya, mereka menjadi taksub akan penampilan
Diakui atau tidak, fakta bahawa orang Korea Selatan sangat mengagungkan penampilan. Kerana itu ramai orang yang rela melakukan apa sahaja agar dipandang menarik. Ironinya, kriteria menarik di Korea Selatan itu juga sangat tertentu, muka kecil berbentuk v line, badan s line, hidung mancung, dan kelopak mata dua itu wajib. Hasilnya, ramai yang akhirnya memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik. Malah, ramai ibu bapa yang memaksa anak untuk melakukan pembedahan plastik ini.
Ada ungkapan popular di Korea Selatan kalau orang cantik itu hidupnya bakal lebih mudah berjaya. Ramai generasi muda yang mengaku ‘memperbaiki’ mukanya melalui pembedahan demi mendapatkan pekerjaan. Ada juga cerita obsesi mereka terhadap alat solek. Wanita kerap memakai alat solek, malah lelaki Korea juga tidak pernah melihat ‘bare face‘ atau wajah tanpa alat solek teman wanitanya sebelum berkahwin. Ya jangan terkejut jika anda jenis yang tidak suka pakai alat solek, bakal rasa ‘terkucil’ di sana.
3 Budaya mabuk yang suka melampaui batas. Dari rapat pejabat sampai orientasi pelajar, alkohol itu wajib dalam semua acara di Korea Selatan
Alkohol tidak boleh dilepaskan dalam kehidupan seharian masyarakat Korea Selatan. Al Jazeera malah menyebut Korea Selatan sebagai negara dengan permasalahan alkohol terburuk di dunia. Bilangan penagih alkohol di Korea Selatan juga merupakan salah satu yang tertinggi di dunia. Hampir semua aktiviti atau acara sosial di Korea Selatan, pasti melibatkan alkohol. Ramai yang tahan ‘minum banyak’ kerap menjadi kesayangan bos di pejabat, kerana boleh menemani mereka sampai akhir acara.
Anggota polis pula perlu diturunkan untuk mengatasi masalah-masalah orang mabuk. Dari yang pengsan sendirian di jalanan sampai kepada kemalangan maut kerana memandu ketika mabuk. Padahal angka kematian kanser atau kegagalan buah pinggang kerana kebanyakan minum itu tinggi, tetapi orang-orang Korea Selatan sepertinya tidak boleh berhenti minum alkohol. Katakan anda belajar atau bekerja di sana, pasti akan banyak ajakan untuk minum. Tapi ya, jika kamu tidak minum, ya tolak sahaja dengan halus ajakannya.
4 Tingginya kos hidup di Korea Selatan memberi impak terhadap generasi tua. Ramai ibu bapa yang akhirnya harus tinggal bersendirian dan jadi homeless
Pemodenan Korea Selatan berlangsung dalam waktu yang sangat cepat. Bayangkan sahaja selepas perang saudara yang meluluhkan segala aspek kehidupan pada tahun 1960-an, pada tahun 2017 ini Korea Selatan sudah berdiri tegap sebagai salah satu tunggak ekonomi dunia. Bukan cuma masalah ekonomi, susunan sosialnya juga berubah secara drastik. Daripada sistem keluarga besar yang tadinya hidup bersama-sama di satu bumbung, banyak generasi muda kini yang memilih hidup berasingan daripada ibu bapanya.
Bukan cuma masalah tempat tinggal, jumlah ibu bapa atau warga tua yang dibuang oleh keluarganya di Korea Selatan semakin tinggi dari tahun ke tahun. Seiring individualisme yang makin menjadi-jadi dan kos hidup yang sangat tinggi, sedihnya ramai anak yang rela ‘membuang’ ibu bapanya.
5 Selain itu tekanan sosial di Korea Selatan sangatlah tinggi. Kerana itu banyak kes bunuh diri terjadi
Sebagai contoh, pelajar di Korea Selatan dituntut untuk terus belajar dari pagi hingga ke malam agar mereka tidak dianggap sebagai orang yang kalah. Kalau nilai mereka rendah, habis sudah mereka di mata masyarakat. Mungkin mereka dianggap anak yang gagal oleh keluarga! Kerana itu banyak kes pelajar bunuh diri kerana tak tahan akan tekanan hidup di Korea Selatan. Sekarang, wujud satu trend di kalangan pasangan muda yang tak ingin anaknya stres dalam sistem pendidikan Korea Selatan, memilih berpindah ke luar negara.
Sebenarnya, masalah-masalah ini pastinya tidak hanya dijumpai di Korea Selatan sahaja. Malaysia turut ada masalah seperti ini. Tapi bagi anda yang menonjolkan diri mampu untuk hidup di Korea Selatan, mungkin ulasan di atas boleh menjadi pertimbangan.
Bercuti seminggu-dua minggu mungkin indah-indah saja di Korea Selatan, tetapi ramai juga yang tinggal lama di Korea Selatan terus keluar dari negara tersebut. Ya, kehidupan memang tidak seindah yang dibayangkan.