Bukan sahaja lazat untuk dimakan, buah strawberi juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis rawatan kecantikan. Buah ini sebenarnya berguna untuk mengatasi masalah jerawat.
Strawberi mengandungi Salicylic Acid semulajadi. Bahan ini biasanya dijumpai dalam pelbagai ubat jerawat. Itulah sebabnya buah ini sangat berguna untuk menghilangkan jerawat di muka.
Hebatnya, penggunaan topeng strawberi semulajadi boleh membantu mengurangkan jerawat degil tanpa membuat kulit menjadi kering. Buah strawberi ini juga kaya dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas.
Berikut ini, tips cara bagaimana membuat topeng strawberi untuk mengatasi masalah jerawat degil di muka anda:
Sediakan:
1) Strawberi
2) Lemon
Campurkan kedua-dua bahan ini, kemudian sapukan menjadi topeng secara merata pada wajah. Biarkan selama beberapa saat supaya nutrien dapat diserap dengan sempurna. Adalah disyorkan supaya anda membilas muka anda dengan air suam. Strawberi dicampur dengan lemon kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk keindahan kulit anda. Semoga bermanfaat.