Pelbagai cara untuk nampak cantik sehingga cara ini muncul sebagai terapi kulit dengan menggunakan lendir siput babi. Pasti ramai yang geli menggunakan terapi ini, namun inilah yang digunakan untuk terapi kulit.
Walaupun satu konsep yang masih baru di Malaysia, namun terapi lendir siput babi ini sebenarnya sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun.
Siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semula jadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.
Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.
Namun anda jangan buat ini dirumah, kerana ianya memerlukan kepakaran kecantikan untuk mengenali siput yang di letakkan di atas muka.