Ada dikalangan kita mempunyai rakan atau ahli keluarga yang suka makan berbunyi, makin lama makin kuat pula bunyi yang keluar dari mulut. Kunyah makanan terlalu kuat sehingga mengeluarkan bunyi. Bagi seseorang tu adalah perbuatan kurang sopan dan kotor.
Jika anda menghadapi situasi tersebut, anda mungkin menghidap misophonia, atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu. Bukan semua jenis bunyi yang menganggu anda, tetapi hanya jika bunyi itu disebabkan oleh sesuatu situasi. Kadang kala ianya sangat menganggu anda, sehingga anda rasa menyampah!
Misophonia terjadi pada mereka yang sensitif pada bunyi kecil yang dihasilkan seperti daripada mulut iaitu ketika makan, bernafas, mengunyah, bersiul atau menguap.
Makan
Bersiul
Menguap
Seseorang yang menghidap misophonia akan rasa tidak tenang, panik, takut dan gemuruh. Ada juga penghidap sindrom berkenaan tidak suka makan atau berada di khalayak ramai.
Namun kajian juga membuktikan, mereka yang menghidap sindrom berkenaan adalah seorang yang bijak dan genius.
Menurut kajian dari Universiti Northwestern, mereka yang menghidap misophonia mempunyai kelebihan kreativiti dan lebih bijak daripada orang lain.
Namun, kajian juga mendedahkan hanya 20% daripada penduduk di dunia menghidap penyakit tersebut. Jadi jika anda makan dan mengeluarkan sedikit bunyi, tetapi rakan anda rasa kurang senang, jangan pula anda memarahinya.
Mungkin saja dia mengidap penyakit tersebut. Lain orang lain pula sifatnya. Sebaiknya sentiasa berlaku sopan di hadapan orang, ini kerana diantara mereka menganggap makan berbunyi ini sangat kurang sopan.
Sumber: Hanasuva.com