Ada orang yang mempunyai tanda lahir pada tubuh mereka antaranya adalah tahi lalat. Kewujudan tahi lalat tidak dapat diramalkan namun ada satu perkara yang perlu diperhatikan.
Anda mesti pernah mendengar bahawa tahi lalat mempunyai potensi untuk menjadi kanser kulit. Tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana mengenalinya. Memetik Mirror, Rabu (25/4/2018) berikut beberapa ciri-ciri tahi lalat berbahaya:
Kenali Ciri Tahi Lalat Punca Kanser Kulit
Asimetri
Molekul normal kelihatan simetri jadi jika anda membahagikannya kepada dua bahagian ia akan kelihatan sama. Tahi lalat berbahaya pula, bentuknya tidak sama. Jadi, adalah penting untuk memeriksa setiap bahagian tahi lalat.
Rupa tidak jelas
Tahi lalat normal mempunyai warna yang berbeza pada permukaan kulit dan boleh dilihat dengan jelas. Tetapi jika tidak jelas atau kelihatan kabur, ia boleh jadi adalah melanoma bukan tahi lalat. Melanoma adalah sejenis kanser kulit. Tanda lain adalah bentuk tahi lalat tidak rata atau dan nampak terangkat dari kulit.
Warna lebih gelap
Tahi lalat mempunyai perbezaan warna dengan permukaan kulit. Biasanya warna coklat. Tahi lalat berbahaya, warna akan menjadi lebih gelap atau mempunyai lebih dua warna.
Diameter bertambah
Tahi lalat biasanya kecil dan tidak berubah. Oleh itu, jika saiz tahi lalat bertambah atau lebih daripada 7mm, keadaan itu perlu dicurigai.
Perubahan
Satu lagi ciri tahi lalat yang anda miliki berbahaya adalah perubahan dalam tanda itu. Tahi lalat yang mengalami perubahan sensasi, pendarahan, gatal-gatal, pengerasan kulit, pengelupasan, atau sakit harus diberi perhatian.
Pemeriksaan tahi lalat
Pakar dermatologi, Dr. Kirsty Lau menjelaskan anda perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan pemeriksaan tahi lalat. Pemeriksaan ini perlu dilakukan secara rutin setiap bulan. Alat yang boleh digunakan untuk memeriksa tahi lalat adalah agak mudah dicari di rumah, antaranya pembaris, cermin besar, cermin tangan, dan telefon pintar.
Cara pemeriksaan bermula dari bahagian atas badan dengan mengurut kulit kepala. Kemudian bahagikan rambut ke beberapa bahagian dan gunakan telefon untuk melihat keadaan kulit kepala. Pemeriksaan lanjut boleh beralih ke kawasan badan. Untuk kawasan yang sukar dijangkau seperti lengan atas, belakang dan kaki, boleh menggunakan bantuan dari cermin. – aliffchannel.com
Bahagian badan lain yang perlu diperiksa adalah alat kelamin dan kaki termasuk tumit, tapak kaki, dan bahagian bawah kuku jari kaki. Untuk menjaga kulit daripada mendapat kanser, sentiasa menggunakan sunblock atau pelindung matahari yang mempunyai SPF minimum sebanyak 30 setiap kalai beraktiviti luar. Krim ini berfungsi untuk menjaga kulit daripada terdedah kepada cahaya matahari.