Telur adalah sebahagian daripada makanan harian yang kita selalu makan, biasanya kita makan isi dalamnya tanpa mengetahui bahawa kulitnya juga boleh dimakan.
Pada yang baru saja mengetahui fakta ini memang merasakan ianya lucu, tetapi tahukah anda bahawa kulit telur sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai kebaikan pada kesihatan.
Menurut laporan Business Insider, sebanyak 150,000 tan kulit telur dibuang setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), sehingga memaksa penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui manfaat kebaikan kulit telur.
Kajian yang dijalankan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan AS mendapati, kulit telur mengandungi 95 peratus kalsium yang digunakan sebagai antasid untuk masalah pedih hulu hati, senak asid dan sakit perut.
Kulit pada sebiji telur mempunyai sekurang-kurangnya dua gram kandungan kalsium.
Cara penyediaan nya adalah dengan merebusnya terlebih dahulu untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum dibakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu 93 darjah Celsius.
Kulit telur tersebut kemudiannya dihancurkan menjadi serbuk dan boleh dicampur ke dalam adunan roti, piza atau spageti.
Menurut kajian, kulit telur membantu melegakan kesakitan tulang terutama pada wanita yang menderita akibat osteoporosis.
Setiap apa yang dicipta ALLAH S.W.T sememangnya mempunyai kelebihan-kelebihan sendiri kan? lihat saja khasiat kulit telur ini. Tidak pernah menyangka bahawa kulitnya juga dapat dimakan. Sungguh hebat ciptaan ALLAH S.W.T.
Sumber : Business Insider