Tahukah anda, sel kanser dalam badan kita boleh berkembang jika seseorang itu mengalami patah hati atau mengalami sesuatu yang negatif? Sudah tentu ya, kerana kebanyakan perubatan Islam juga mengatakan bahawa kanser juga mampu merebak kerana ada masalah jiwa.
Kebanyakkannya, bila orang patah hati sebab ditinggal kekasih atau orang kesayangan, ramai akan ambil mudah dengan beranggapan bahawa orang yang kita tinggalkan akan pandai reda secara perlahan-lahan. Namun, tidak semua orang boleh meneruskan hidup dengan keadaaan yang mengecewakan seperti itu.
Mungkin si dia benar-benar sudah berharap dan kamu mematah hatinya.Tahukah anda, patah hati yang teruk sangat ni boleh menyebabkan masalah jantung dan tingkatkan risiko terkena kanser?
Patah Hati Boleh Jadi Penyakit
Menerusi laman The Diagnosa, orang yang patah hati boleh menyebabkan masalah jantung yang dikenali sebagai Sindrom Patah Hati (Broken heart syndrome) ataupun kalau dalam bahasa doktor, dipanggil Takotsubo Syndrome.
Penyakit ini berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud Perangkap Sotong dan ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Dr Sato mendapati pesakit mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.
Nama ini diambil daripada perkataan Jepun yang membawa maksud “Perangkap Sotong” dan perkara ini ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Pada ketika itu, Dr Sato mendapati pesakit ini mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.
Pesakit juga selalunya akan mempunyai simptom yang sama seperti serangan sakit jantung iaitu sakit dada dan sesak nafas. Tetapi apabila penyiasatan telah dibuat, ternyata ia bukan disebabkan serangan sakit jantung.
Dan ia boleh berlaku pada semua golongan terutamanya mereka yang mengalami tekanan hidup yang sangat teruk. Tekanan tersebut menyebabkan badan menghasilkan hormon tekanan seperti adrenaline menyebabkan jantung dipam dengan lebih kuat. Hasilnya jantung sebelah kiri membesar disebabkan bahagian kiri jantung mempunyai otot yang lebih besar berbanding bahagian jantung yang lain.
Kajian terbaru ini melibat 1600 orang peserta yang mempunyai sejarah Sindrom Patah Hati. Majoriti daripada pesakit tersebut mempunyai peningkatan risiko kanser yang banyak kata Dr Templin yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian tersebut.
Sindrom Patah hati ini pada mulanya dikaitkan dengan masalah jantung sahaja. Tetapi kajian terbaru mendapati ia boleh meningkatkan risiko kanser pada seseorang jika dia pernah mempunyai sejarah masalah tersebut.
“Sebagai contoh bagi wanita yang berumur dibawah 44 tahun selalunya mempunyai risiko kanser sebanyak 0.4%. Tetapi mereka yang mempunyai sindrom patah hati ini meningkatkan risiko tersebut kepada 8%. Bagi mereka yang berumur 45 -64 tahun pula mempunyai risiko sebanyak 2% untuk menghadapi kanser.. Tetapi dalam masalah ini, ia meningkat pada hampir 22%.”
Mengikut kajian sebelum ini, terdapat pelbagai punca kepada kanser dan salah satunya adalah stress yang melampau. Mungkin kajian ini telah menjadi bukti untuk menguatkan bahawa salah satu punca kepada kanser adalah stress yang terlampau teruk.
Kanser yang selalu dihadapi oleh mereka adalah kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru dan juga kanser kulit.
Sindrom Patah Hati bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada jantung. Tetapi ia juga dapat meningkatkan risiko untuk berlakunya kanser. Akhir kata, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau dan hilang ataupun lari, boleh cari yang lain.