Mungkin ada yang pernah tertanya-tanya, mengapa kita kentut? Selain bunyi yang kuat, ia juga boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan tidak sopan untuk dilakukan. Malah, ada juga kajian yang mengaitkan kentut di hadapan pasangan dianggap sebagai bentuk kejujuran dan kebahagiaan rumahtangga.
Anda mungkin tergolong dalam individu yang menahan untuk kentut samada di hadapan orang kerana takut rasa malu. Siapa tidak ya tak? Walau bagaimanapun, apa yang berlaku jika anda menahan untuk kentut terlalu lama? Adakah tindakan ini berbahaya? Lihat fakta-fakta berikut ini tentang menahan kentut.
1. Kentut adalah cara badan untuk mengeluarkan gas dari badan
Memetik laman hellosehat.com, kentut berasal dari pembentukan gas di dalam badan. Tubuh akan melepaskannya dalam bentuk sendawa dan kentut. Sendawa keluar dari mulut, sementara kentut keluar dari dubur.
2. Gas kentut yang berlebihan berasal dari makanan atau juga bakteria
Mungkin satu sebab untuk menahan kentut disebabkan terlalu kerap melakukannya. Alasannya ialah jumlah gas yang berlebihan di dalam badan. Pertimbangkan bagaimana cara anda makan. Udara yang memasuki badan apabila makan memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sebab jumlah gas berlebihan adalah kerana anda makan dengan terlalu cepat.
Kentut juga boleh disebabkan oleh komposisi bakteria dalam sistem pencernaan. Gas berlebihan juga boleh disebabkan oleh sembelit atau proses penapaian makanan dalam sistem pencernaan terlalu lama sehingga pengeluaran gas dalam tubuh meningkat.
3. Menahan kentut boleh menyebabkan kembung, perut panas sehingga gangguan pencernaan
Kebiasaan anda menahan kentut boleh menyebabkan kembung, perut panas dan terjadinya gangguan pencernaan. Sementara itu, gas yang terperangkap ini boleh menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat.
4. Walaupun tidak berbahaya, menahan kentut dapat membuat usus anda mengembang seperti belon
Ya, menahan kentut tidaklah berbahaya kepada badan anda. Walau bagaimanapun, usus anda akan mengembung sebelum belon atau dalam bahasa medik dipanggil diverticula. Jika usus anda lemah, ada kemungkinan untuk usus meletup.
Malah, jangkitan boleh menyebabkan rasa kesakitan yang teruk. Walaupun begitu, kes seperti ini jarang berlaku.
5. Untuk mengelakkan kentut yang berlebihan, anda boleh makan makanan prebiotik, berempah, dan minum teh
Daripada ditahan, lebih baik kentut sahaja. Jika anda rasa malu dan rasa tidak sopan, lakukanlah di dalam bilik mandi. Sementara itu, jika anda rasakan kentut anda berlebihan, makan makanan yang kaya dengan prebiotik, seperti yoghurt, kimchi, atau suplemen probiotik.
Untuk mengurangkan kentut yang berlebihan, anda juga boleh menggunakan rempah-ratus, seperti kunyit, halia, akar manis dan jintan. Atau, anda juga boleh minum teh atau air kosong.
Kentut adalah satu proses semulajadi badan untuk melepaskan gas dari tubuh badan. Jadi, biarkan kentut keluar dan jangan ditahan. Tiada masalah menahannya untuk sementara waktu, tetapi jangan sehingga tubuh anda rasa tidak selesa yang nantiya boleh menimbulkan penyakit.