PMS atau dalam bahasa melayu, ‘datang bulan’ menjadi salah satu waktu paling tidak disenangi ramai perempuan. Perut yang sakit, badan yang rasa tajam kekejangan mendadak, sehingga mood naik turun menjadi penyebabnya. Tidak hairan jika selama PMS, wanita akan menjadi lebih sensitif dari kebiasaannya.
Walaupun gejala itu adalah hal yang wajar, tidak bermakna tiada cara untuk mengurangi ‘penderitaan’ anda rasai ketika PMS. Ada banyak cara yang dapat anda cuba untuk meredakan gejala PMS salah satunya adalah dengan memperhatikan apa yang anda makan. Agar tidak semakin tersiksa, berikut 5 makanan yang harus anda hindari sepanjang masa PMS.
1. Makanan ringan
Nampak enak, makanan ringan memiliki bahan-bahan yang tidak kita kenali malah berisiko jika dimakan secara berlebihan. Selama masa PMS, bukan hanya perasaan tapi badan kita pun turut akan menjadi lebih sensitif. Makan makanan yang memiliki asal-usul tidak jelas akan membuat tubuh badan terutama sistem pencernaan jadi bermasalah.
2. Makanan tenusu
Segelas susu hangat membuat kita rasa lebih baik, namun sebaiknya anda menghindari susu dan semua makanan yang berbahankan susu seperti cheese atau yoghurt. Ini kerana susu dan produk berbahan susu mengandung asid arakidonat yang dapat memicu terjadinya kekejangan pada perut.
3. Makanan bergoreng
Percayalah atau tidak, makanan yang kita makan memberi kesan kepada suasana hati, terutamanya ketika PMS. Sesetengah makanan seperti makanan bergoreng mengandungi lemak tepu yang meningkatkan tahap estrogen dan menjadikan mood menjadi semakin haru biru.
4. Burger dan makanan lain yang tinggi lemakĀ
Tidaklah rahsiabahawa makanan berlemak adalah salah satu daripada musuh-musuh wanita yang perlu diperhatikan. Selain dapat membuat tubuh menjadi lentur, makanan berlemak merbahaya jika dimakan semasa PMS. Ini adalah kerana makan makanan yang tinggi lemak apabila PMS akan membuat perut kekejangan dan kembung. Bukan itu sahaja, pmakanan tinggi lemak juga menjadikan wajah anda mudah berjerawat.
5. Coklat dan makanan manis yang lain
Cokelat sentiasa berjaya membuat mood anda lebih baik. Tetapi rupanya sebaliknya, memakan coklat dan pelbagai jenis makanan manis yang lain sebenarnya akan mengganggu kadar gula darah dalam tubuh. Dan jika anda ingin benar-benar makan coklat, pilih dark chocolate yang kurang kandungan gula.