Jangan risau bila anda rasa malas kerana malas boleh mengurangkan stres. Faktanya, tidak semua orang boleh sentiasa rajin sepanjang masa kerana sikap malas itu sememangnya wujud dalam diri setiap manusia.
Memetik laporan Journal of Proceedings of the Royal Society B: Biological Science, hari malas seminggu sekali dilaporkan boleh memberikan anda tubuh badan yang lebih sihat!
Salah seorang penyelidik di University of Kansas Biodiversity Institute and Natural History Museum, Luke Strotz menjelaskan mereka yang mempunyai ‘energy maintenance’ (orang yang menggunakan tenaga secara optimum), mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi.
Malah, daripada kajian tersebut juga menunjukkan, manusia perlu sekurangnya 1 hari malas seminggu untuk mengelakkan stres, tekanan darah tinggi dan juga strok.