Perut langsing adalah impian semua orang. Penyelidikan baru-baru ini mengatakan, bahawa lemak pada perut mempunyai kaitan dengan kortisol, sejenis hormon yang dilepaskan oleh badan ketika mengalami tekanan stres.
Malangnya, tahap kortisol yang tinggi boleh memberi kesan kepada peningkatan tahap lemak perut. Untuk mencegah dan mengurangkan kortisol, berikut adalah tiga perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan perut yang langsing sentiasa.
1. Kerja berlebihan
Penyelidikan baru menunjukkan bahawa seseorang yang bekerja lebih daripada 48 jam seminggu berkemungkinan mengalami tekanan stres yang teruk dan memicu penggunaan alkohol.
Penggunaan alkohol meningkatkan kortisol dan secara ringkas dapat menyebabkan peningkatan lemak pada perut. Sekiranya anda ingin perut yang ramping, sebaiknya kurangkan waktu kerja dan elakkan minuman beralkohol.
2. Minum minuman berkafein selepas pukul 18:00 PM
Walaupun kerap digunakan sebagai penggalak stamina, minuman berkafein boleh menggandakan tahap kortisol seseorang, terutamanya jika diminum pada waktu malam yang mengakibatkan gangguan kualiti tidur.
Malah, masa tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengurangkan tahap hormon kortisol. Oleh itu, elakkan minuman berkafein pada waktu malam yang boleh menjadi cara yang berkesan untuk mengatasi masalah lemak di pada perut.
3. Internet dan peranti teknologi
Kajian di Kanada baru-baru ini mendapati bahawa mereka yang terus bermain dengan peranti teknologi pada waktu siang kerap mengalami tekanan stres yang lebih tinggi daripada mereka yang mengambil masa untuk berehat.
Mempunyai tekanan stres yang teruk adalah sama dengan banyak lemak pada perut. Jadi, jika anda ingin mengurangkan lemak perut, anda perlu berehat secukupnya dan jauhkan dari peranti teknologi anda.