Orang ramai beranggapan bahawa Bromelain boleh menyebabkan keguguran disebabkan kebolehannya menguraikan protein. Malah, juga dikatakan menyebabkan protein di dalam badan bayi diuraikan dan berakhir dengan keguguran.
Ada juga yang mengatakan bromelain menguraikan protein dibahagian servik dan menyebabkan servik lemah tetapi tiada lagi kajian menunjukkan bahawa penggunaan nenas boleh menyebabkan keguguran.
Setakat ini, penggunaan bromelain mempunyai tahap ketoksikan yang rendah (low toxicity) dan tiada lagi kajian yang menunjukkan nanas sebagai penyebab keguguran.
Penyebab Keguguran
Majoriti keguguran adalah disebabkan masalah genetik. Bermaksud ketika persenyawaan ataupun fetus membesar, berlakunya mutasi ataupun kerosakan pada genetik menyebabkan bayi tidak sesuai untuk hidup.
Disebabkan masalah genetik tersebut badan sendiri akan menggugurkan bayi tersebut.
P/S: Jika nak ambil nanas dipersilakan. Tetapi, jika risau anda keguguran, anda boleh elakkan.
Sumber: Facebook/Root Of Science