Masih ada di antara kita yang tidak tahu tentang satu permainan yang tengah popular di kalangan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka sibuk bermain.
Permainan tersebut dikenali ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular dalam masa yang singkat. Ia mudah didapati di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial youtube membuatnya di rumah.
Oleh kerana bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka bermain dengannya.
Akan tetapi, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.
Kejadian malang ini berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun yang berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.
Ibunya seronok melihat Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.
Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen terbangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya.
Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan.
Quinn segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3.
Menurut doktor, ia merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, iaitu salah satu bahan utama membuat ‘slime’.
Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.
Disebabkan itu, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita gunakan terutamanya terhadap anak-anak.
Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.
Disini terdapat sedikit info tentang bahan kimia Borax.
Nama kimianya, tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya.
Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:
- Jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit
- Jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata
- Jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan
- Jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan
Sumber: Facebook/Viral Johor