Zaman sekarang, ramai orang yang mendambakan bentuk badan kurus, baik kerana gambaran badan ideal di pelbagai iklan mahupun di dunia maya. Walaupun begitu, mungkin tidak ramai orang yang memahami bahawa memiliki badan kurus itu tidak selalunya sihat.
Memetik laman prevention.com, menurut Anne Cappola, seorang endokrinologis dan pengajar di University of Pennsylvania, anda perlu rasa curiga jika berat badan turun lebih dari 5% selama kurang dari 6 bulan. Sementara itu, anda berkemungkinan tidak tahu atau pasti penyebab berat badan anda menurun. Boleh jadi anda mengalami perkara berikut ini.
1. Anda kerap rasa haus dan kencing sepanjang masa? Boleh jadi anda mengalami diabetes
Diabetes boleh menyebabkan seseorang berkurang berat badannya. Kerap rasa mahu kencing dan selalu rasa haus adalah antara ciri-cirinya. Itu disebabkan badan mengeluarkan glukosa tidak dapat menyerapnya dengan baik. Di samping itu, diabetes juga menyebabkan tubuh mengisap makanan dari otot-otot, sehingga berat badan menurun secara mendadak.
2. Depresi menyebabkan nafsu makan hilang
Penyebab lain badan kehilangan berat badan yang signifikan adalah depresi. Untuk beberapa kes, seorang yang mengalami depresi kadang-kadang malah tidak menyedari badannya kehilangan berat. Selain nafsu makan, depresi juga menyebabkan seseorang menjadi sukar tidur, sering minum minuman keras, dan rasa sedih yang tidak berkesudahan.
3. Diet yang buruk juga menyebabkan berat badan menurun
Mungkin ramai orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan, tetapi tidak bermakna harus mengorbankan nutrisi yang bermanfaat bagi tubuh badan. Tidak menurun berat badan dengan cara sihat, malah malah menimbulkan banyak jenis penyakit.
4. Ada beberapa jenis kanser yang menyebabkan penurunan berat badan
Sesetengah jenis kanser dan tumor dalam perut dan usus akan menyebabkan keradangan dan tubuh sukar menyerap nutrisi. Bagi anda yang kehilangan berat badan secara tiba-tiba, tidaklah memudaratkan berjumpa dengan doktor. Mereka akan cuba memeriksa perut, usus besar dan kerongkong.
5. Berat badan menurun biasa terjadi buat pesakit hipertiroidisme
Hyperthyroidisme atau tiroid yang terlalu aktif juga menyebabkan seseorang turun berat badan. Sesetengah gejala adalah sukar untuk tidur atau rasa panas sepanjang masa. Jika anda merasakan simptom ini, tiada salahnya untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.
Itulah beberapa punca berat badan menurun yang tidak sihat sama sekali. Jangan gembira terlebih dahulu jika berat badan anda menurun mendadak. Lihat terlebih dahulu jika kurus anda berlaku secara semula jadi ataupun tidak. Tidak mengapa kelihatan sedikit gemuk asalkan sihat, bukan terlalu kurus tetapi berisiko terkena pelbagai penyakit.