Satu jenis makanan yang perlu dimakan banyak jika anda mahu badan yang sihat adalah kacang. Kacang mungkin berbeza dari beras yang boleh menjadi makanan ruji, tetapi itu tidak bermakna kacang tidak boleh menjadi diet harian.
Ada banyak manfaat jika anda menyertakan hidangan kacang dalam diet harian anda. Seperti memetik dari Men’s Health, ini adalah sebab penting mengapa anda perlu makan kacang setiap hari.
1. Panjang umur
Kajian tahun 2016 yang diterbitkan dalam jurnal BMC Medicine mendapati bahawa makan 20 gram (kurang lebih satu genggam) kekacang setiap hari boleh menurunkan risiko kematian awal sebanyak 22 peratus.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Kajian tahun 2016 yang juga diterbitkan dalam jurnal BMC Medicine mengungkapkan bahawa orang-orang yang suka makan kekacang boleh menurunkan risiko penyakit jantung koronari hingga satu pertiga berbanding orang yang tak suka.
Makan kacang setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 21 peratus. Penyelidik menjelaskan bahawa kandungan serat, lemak tak jenuh, dan magnesium dalam kacang boleh menurunkan kolesterol dan meningkatkan kekuatan jantung.
3. Menurunkan risiko kanser
Sebuah kajian mendedahkan bahawa makan satu genggam atau lebih kekacang boleh menurunkan 15 peratus risiko serangan kanser pada tubuh dibanding orang yang tak pernah makan kacang-kacangan setiap hari. Antioksidan pada kekacang diketahui merupakan kandungan penting yang boleh menjaga sel-sel tubuh tetap sihat.
Jadi sekarang anda tahu kenapa anda perlu makan kacang setiap hari? Jadikan kacang sebagai makanan ringan yang sihat daripada anda makan makanan ringan yang tiada khasiatnya.