Bulan syawal adalah bulan untuk mengeratkan silaturahim. Bukan saja dengan kenalan dan saudara mara yang sudah lama tidak bertemu, tetapi juga anggota keluarga yang dekat dengan kita.
Bagi wanita yang sudah berkeluarga, seharusnya bulan syawal dijadikan waktu terbaik untuk menjalinkan hubungan erat dengan keluarga mertua. Andai ada sengketa atau hati pernah terluka, Cubalah lupakan!
Sempena kepulangan anda ke ke kampung Suami di hari lebaran, ikot lah tips berikut untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan keluarga mertua.
Aktiviti bersama
Apabila pulang ke kampung, jangan pula hanya duduk di dalam bilik sahaja lakukan aktiviti yang melibatkan mereka. Misalnya mengajak ibu mertua membuat kuih muih, Membeli belah barang untuk persiapan untuk hari raya ataupun menziarahi rumah saudara mara. Ajakkan seperti ini akan membuatkan dia merasa anda mengambil berat tentang mereka.
Ambil peluang belajar
Ketika berada di rumah mertua, rebutlah peluang untuk belajar sesuatu darinya. Misalnya, belajar memasak makanan kegemaran Suami ataupun masakan istimewa keluarga mereka.
Kepercayaan
Tidak salah jika meminta mentua menjaga sebentar anak anda, ibu mentua selalunya tidak akan menolak permintaan tersebut. Mereka akan menerima dengan hati terbuka. Ini memberi gmbaran yang baik bahawa anda sangat mempercayainya. Tapi, janganlah sampai sepanjang jari pula!
Bersabar
Bukan semua wanita beruntung memiliki mentua yang baik dan penyayang, jika anda mendapat ibu mentua yang garang, bersabarlah dalam memenangi hatinya.
Bantu kerja rumah
Rajinkan diri untuk membantu mentua anda, menantu yang rajin selalunya mudah untuk rapat dengan mentua. Jangan hanya Datang untuk tidur dan makan. Jalan kan tanggungjawab anda Sebagai menantu dan isteri yang baik.
Hadiah
Ibu mentua tidak pernah meminta untuk diberikan hadiah. Tetapi kita sebagai menantu yang sangat jarang pulang ke rumah ibu mentua, bawa lah hadiah atau buah tangan untuk nya walaupun hanya sekuntum bunga. Pastinya ibu mertua rasa terharu dan gembira.
Apa sahaja yang mendatang, hadapi masalah dengan tenang dan banyak kan komunikasi. Kurang komunikasi adalah antara punca keretakkan esebuah hubungan.